- BERITA TERKINI
- Jumlah paparan: 381
LAWATAN LAKMNS KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
Kadar pengguna: 5 / 5





Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Datu Dr. Haji Azhar Bin Haji Ahmad, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Selain untuk mengeratkan sitaurrahim di antara kedua-dua pihak, kunjungan ini juga adalah untuk mempromosikan radio digital milik LAKMNS iaitu Internet Radio Islamic Sarawak (IRIS) serta galeri LAKMNS, di samping berbincang tentang potensi kerjasama di antara kedua-dua pihak.
Mengetuai rombongan LAKMNS adalah Ketua Pegawai Eksekutif YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai. Turut serta adalah Ketua Pegawai Pengurusan dan Perkhidmatan LAKMNS Puan Megawati binti Haji Julaihi, Ketua Bahagian Publisiti dan Komunikasi (PUBKOM) Puan Haryati binti Mohamad serta pegawai-pegawai PUBKOM.