iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

KURSUS POSITIVE TEAM TRANSFORMATION’ SIRI 1/2023 LAKMNS

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Seramai 29 kakitangan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah mengikuti Kursus “Positive Team Transformation’ Siri 1/2023 LAKMNS, pada 18 hingga 20 Februari 2023 bertempat di Sumiran Eco Park & Resort, Kuching.

 

 

Peserta adalah terdiri daripada kakitangan LAKMNS pelbagai peringkat jawatan dari setiap Jabatan dan Bahagian LAKMNS. Program kursus ini adalah sebagai pendedahan kepada peserta berkenaan kepentingan perubahan positif dalam sikap kerja yang merupakan aset yang paling penting dalam pembangunan organisasi. Pelbagai aktiviti-aktiviti “Latihan Dalam Kumpulan” berkonsepkan “Team-Building” telah dilaksanakan sepanjang program kursus ini yang memfokuskan kepada kerjasama, komunikasi, membuat keputusan, perancangan, pemikiran startegik dan kreatif, kepimpinan serta keupayaan menyelesaikan masalah dan tugasan.

Pada hari terakhir kursus, telah berlansungnya Majlis Penangguhan yang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai.

Dalam ucapannya, Datuk Abang Abdul Wahap mengharapkan kakitangan akan mempraktikkan sikap kerja positif di mana kakitangan yang mempunyai dan mengamalkan sikap kerja positif akan sentiasa komited dalam perlaksanaan tugas, di samping akan menerima sebarang perubahan dari masa ke semasa, sama ada dasar dan polisi organisasi secara positif dan terbuka.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohamad Feisal bin Said, Ketua-ketua Pegawai dan Ketua-ketua Bahagian LAKMNS serta Encik Raja Azukri, Pengurus Masja Properties Sdn Bhd dan Tuan Mejar (B) Mohammad Anuar Harun dari Mastery Prolink Sdn Bhd selaku fasilitator bagi program kursus ini.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 737
  • |
  • Yesterday 767
  • |
  • This week 3567
  • |
  • This month 14327
  • |
  • Total 703951

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search