iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

KURSUS INDUKSI KAKITANGAN LAKMNS SIRI 5 2023

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Seramai 36 kakitangan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah mengikuti Kursus Induksi Kakitangan Siri 5 LAKMNS, pada 15 dan 16 Februari 2023 bertempat di Bilik Seminar, Baitul Makmur II.

 

 

Peserta adalah terdiri daripada kakitangan LAKMNS dari pelbagai jawatan serta bahagian. Program ini adalah sebagai pengenalan kepada jabatan-jabatan serta bahagian-bahagian yang membentuk organisasi LAKMNS. Selain itu, para peserta turut melakukan aktiviti berkumpulan sebagai objektif untuk mewujudkan nilai kerjasama di kalangan peserta.

Pada hari kedua, telah berlangsung Majlis Penanggguhan yang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai.

Dalam ucapannya, Datuk Abang Abdul Wahap mengharapkan agar kakitangan-kakitangan LAKMNS mengamalkan budaya saling bekerjasama walaupun berbeza jabatan mahupun bahagian.

Tambahnya LAKMNS sentiasa berusaha mengadakan pelbagai program yang dilihat berpotensi untuk menyatukan semua kakitangan dengan harapan agar mereka boleh berinteraksi dan bekerjasama walaupun berbeza jabatan dan bahagian.

Beliau turut menyatakan tentang kepentingan kakitangan untuk sentiasa melakukan perubahan supaya lebih "multitasking", meningkatkan integriti serta lebih dinamik sesuai dengan peredaran masa untuk menghadapi sebarang cabaran dalam mencapai kemajuan yang seiring dengan matlamat utama LAKMNS.

Kursus ini turut mendapat khidmat jurubahasa isyarat, Puan Lorraine Mitchrelle anak Dores bagi memudahkan penyampaian makluman kepada peserta istimewa di kalangan kakitangan LAKMNS.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohamad Feisal bin Said, Ketua-ketua Pegawai dan Ketua-ketua Bahagian LAKMNS.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 676
  • |
  • Yesterday 543
  • |
  • This week 2845
  • |
  • This month 1219
  • |
  • Total 713673

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search