- BERITA TERKINI
- Jumlah paparan: 1056
PROGRAM HAFLAH FANNIYYAH (HAFA) : HARI KESENIAN TATTARY KALI YANG KE-5.
Kadar pengguna: 5 / 5





3 Disember 2022 - Hari ini berlangsung Program Haflah Fanniyyah (HAFA) iaitu Hari Kesenian Tadika Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya'kub (TATTARY) kali ke-5, bertempat di Anjung Kanan Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Antara objektif penganjuran program ini adalah sebagai platform mencungkil bakat, di samping untuk meningkatkan daya keyakinan di kalangan murid TATTARY.
Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa oleh adik Muhammad Imran Basri dari Kelas 5 Bijak dan seterusnya disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Penyelia TATTARY, Puan Nur Aqma binti Sahari.
Aturcara majlis turut diserikan dengan persembahan hafazan dari wakil murid 4 & 5 tahun dan persembahan yang bertenaga seperti senaman ikan, buih sabun, medley lagu rakyat, pop yeh yeh,standing in the eyes dan persembahan qasidah Allahul Kaafi.