iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

Soalan LazimLEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

1) Apakah LAKMNS?

LAKMNS adalah sebuah institusi yang telah diperbadankan pada tahun 1960 di bawah The Mesjid Besar (Kuching) (Charitable Trust) Order, 1960 dengan nama Mesjid Besar (Kuching) Charitable Trust. Pada 7 Januari 1981 pula, ordinan tersebut telah diubah semula menjadikan nama baru bagi masjid itu adalah Masjid Negeri Sarawak Charitable Trust atau Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak melalui Masjid Negeri (Sarawak) (Charitable Trust) (Amendment) Order, 1981.

2)Adakah semua masjid di negeri Sarawak adalah di bawah seliaan LAKMNS?

LAKMNS hanya mentadbir dan mengurus dua (2) masjid utama iaitu Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching.

3)Dimanakah Ibu Pejabat LAKMNS?

Lokasi ibu pejabat adalah di Tingkat 8, BAITUL MAKMUR , Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.

4)Apakah kaitan di antara MASJA-SA dengan LAKMNS?

MASJA-SA adalah nama singkatan kepada Masjid Jamek Negeri Sarawak. Nama ini telah dicadangkan oleh Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud , mantan pengerusi LAKMNS semasa merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pusat Kecemerlangan MASJA-SA bagi pelajar-pelajar tuisyen yang cemerlang dalam peperiksaan awam pada tahun 2003. Sejak itu, nama MASJA-SA telah digunakan bagi kelas tuisyen yang diadakan di Masjid Jamek Negeri Sarawak. Selain itu, nama MASJA-SA turut digunakan bagi Kelab Rekreaksi MASJA-SA.

5)Apakah jenis bantuan yang ditawarkan oleh LAKMNS?

LAKMNS hanya menawarkan bantuan peralatan dan kelengkapan asas masjid atau surau seperti sejadah dan ‘PA system’. 

6)Apakah perkhidmatan yang ditawarkan LAKMNS?

·        Tadika Tahfiz

·        Kelas Tuisyen Al Quran dan Akademik

·        Kelas Al-Quran Dewasa

·        Kaunseling

·        Perkhidmatan Pengurusan Jenazah

·        Pengurusan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Kuching (sebelum ini dikenali Tanah Perkuburan Semariang)

7)Bagaimana cara memohon jawatan kosong di LAKMNS?

Bagi permohonan jawatan kosong, individu yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan dan resume secara online kepada Group HR, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, Tingkat 8, BAITUL MAKMUR, Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching melalui laman sesawang ini.

8)Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat mengenai program-program yang dianjurkan oleh Masjid Jamek & Masjid Bandaraya?

Sebarang maklumat mengenai program-program yang dianjurkan oleh Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching, sila lawat Facebook Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak , Masjid Jamek Negeri Sarawak - Rasmi, Masjid Bandaraya Kuching - Rasmi atau laman sesawang ini.

9)Adakah perbezaan antara LAKMNS dengan Tabung Baitulmal Sarawak?

LAKMNS ditubuhkan pada tahun 1960 di bawah Charitable Trust Ordinance 1960 manakala Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) ditubuhkan oleh kerajaan negeri Sarawak pada tahun 1984 di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984, berperanan dan bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat, Wakaf dan Sedekah di negeri Sarawak, Malaysia.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 265
  • |
  • Yesterday 752
  • |
  • This week 1017
  • |
  • This month 13099
  • |
  • Total 679733

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search