BAHAGIAN PUBLISITI DAN KOMUNIKASI LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

PUBKOM

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan telah ditukar nama kepada Bahagian Publisiti dan Komunikasi pada 1 Disember 2019 hasil lawatan ke masjid-masjid di Singapura dan Retreat Management di Johor. Retreat Management 1.0 telah diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak. Nama singkatannya Publisiti dan Komunikasi adalah PUBKOM.

Objektif utama penubuhan PUBKOM adalah untuk menyediakan platform publisiti untuk memperkenalkan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak( LAKMNS) ke arah global sejajar dengan visi LAKMNS menjadi badan amanah Islam yang bertaraf dunia.

Pada masa kini, PUBKOM diketuai oleh Ketua Bahagian dan dibahagikan kepada 4 unit iaitu Unit Pentadbiran, Perhubungan Awam , ICT dan Penerbitan. PUBKOM adalah di bawah Jabatan Pengurusan dan Perhidmatan , LAKMNS.


BAHAGIAN PUBLISITI DAN KOMUNIKASI

1

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

2

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

3

UNIT PENTADBIRAN

4

UNIT PENERBITAN

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

  • Menguruskan INTERNET RADIO ISLAMIC SARAWAK (IRIS)
  • Mewujudkan jaringan komunikasi dengan agensi-agensi luar.
  • Mengurus dan menyelaras pertanyaan, komen atau aduan awam di pelbagai medium perhubungan.
  • Menjalin hubungan baik dengan pihak luar seperti media, agensi kerajaan/swasta dan NGO yang boleh menaikkan imej LAKMNS.

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Memastikan keperluan pengurusan ICT selaras dengan perkembangan dan persekitaran semasa untuk diaplikasi oleh LAKMNS.
  • Melaksanakan kemas kini ke atas butiran-butiran dan maklumat yang dipaparkan pada laman web LAKMNS.
  • Menjalankan kajian dan mengemukakan cadangan untuk keperluan ICT LAKMNS.

LAMAN SESAWANG

APLIKASI IRIS

UNIT PENERBITAN

  • Menguruskan bahan penerbitan dan keperluan multimedia seperti buku, buletin,laporan korporat,video, poster dan lain-lain berkaitan LAKMNS.
  • Mendokumentasikan setiap program anjuran LAKMNS terutamanya melibatkan kerjasama agensi lain dalam bentuk video/cd/penulisan/rakaman/gambar.

Unit Pentadbiran

  • Menyelia keperluan pentadbiran pejabat dan sumber manusia.
  • Mengurus info Instagram yang telah diwujudkan pada 19 Jun 2020.
  • Mengurus emel info@lakmns.org.my.
  • Menyediakan Bajet Tahunan, laporan bulanan dan minit mesyuarat Bahagian Publisiti dan Komunikasi.
  • Memastikan senarai aset, inventori, invois dan sistem pemfailan sentiasa dikemaskini dan dalam keadaan baik.
  • Memantau proses invois-invois dan bil.
  • Membantu unit-unit lain berdasarkan keperluan.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 522
  • |
  • Yesterday 541
  • |
  • This week 522
  • |
  • This month 14903
  • |
  • Total 392320

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search