iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

BERITA TERKINI

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

11 Mac 2023 - Masjid Jamek Negeri Sarawak telah menerima kunjungan daripada Ikatan Persaudaraan Haji Indonesia Al -Arofah 2019 Pontianak Provinsi Kalimantan Barat.

 

Rombongan seramai 50 orang ini telah diketuai oleh H. Edi Ermansyah. Menurut H. Edi Ermansyah, lawatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di samping mempelajari perkara baharu di Kuching.

Dalam ucapan alu-aluannya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Encik Mohamad Feisal bin Said menyambut baik kedatangan pihak rombongan dan berharap kunjungan ini menjadi platform untuk bertukar pendapat serta mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua pihak. Beliau turut memberikan taklimat ringkas berkenaan LAKMNS dan Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Turut menyantuni rombongan ini adalah Ketua-ketua Pegawai, Ketua-ketua Bahagian serta kakitangan LAKMNS.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pada 9 Mac 2023, telah berlangsung Program Penjagaan Diri Dengan ‘Mindfulness’ anjuran Unit Psikologi dan Kaunseling , Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS). Sesi ini telah dikendalikan oleh Pensyarah Kanan (Kaunseling), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Puan Siti Norazilah Bt Mohd Said serta Pegawai Penyelidik UNIMAS, Cik Rohani binti Yacob.

 

Program ini telah disertai seramai 54 kakitangan LAKMNS dari semua jabatan/bahagian dan berlangsung di Bilik Seminar Baitul Makmur II. Objektif program adalah memberi pendedahan kepada peserta berkenaan dengan “Mindfulness”, di samping memberi perkongsian tentang minda ketara sedar dan komponen asas “Mindfulness”. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pengetahuan berkenaan dengan teknik dan aplikasi “mindfulness” dalam kehidupan seharian.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Open University Malaysia (OUM) Kuching telah menganjurkan "Majlis Apresiasi Rakan Strategik OUM" pada Jumaat, 3 Mac 2023 bagi menghargai organisasi, agensi dan rakan-rakan strategik yang bekerjasama dan memberi sokongan kepada OUM.

 

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) merupakan salah sebuah organisasi yang menjalinkan kerjasama dengan OUM dalam menyediakan latihan profesional pendidikan awal kanak-kanak kepada kakitangan Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub (TATTARY).

 

Mulai Semester September 2022 yang lepas, seramai 15 orang kakitangan TATTARY yang terdiri daripada pengurusan TATTARY dan guru-guru telah mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di OUM yang dibiayai sepenuhnya oleh LAKMNS.

 

Usaha ini bertujuan untuk memantapkan dan meningkatkan kualiti pendidikan di TATTARY. Sejajar dengan saranan kerajaan yang mensasarkan guru tadika memiliki sekurang-kurangnya diploma pendidikan awal kanak-kanak.

 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai serta beberapa pegawai kanan LAKMNS.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Seramai 27 orang kakitangan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah menjalani Kursus Pengurusan Fail dan Stor pada 1 dan 2 Mac 2023 bertempat di Seminar Hall 2, Serapi Hotel, Kuching.

 

Peserta yang terlibat terdiri daripada kakitangan di peringkat eksekutif dan kakitangan sokongan dari setiap Jabatan dan Bahagian LAKMNS. Antara objektif kursus ini antara lainnya adalah penambahbaikan aspek pengurusan fail dan stor yang merupakan salah satu elemen penting yang diberi penekanan ke arah pembangunan sistem amalan persekitaran berkualiti 5S.

 

Kursus tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Encik Mohd Rashid bin Kanchil yang berpengalaman luas dalam perundingan amalan 5S di pejabat-pejabat kerajaan persekutuan dan negeri. Penutup bagi kursus tersebut adalah sesi penyampaian sijil penyertaan yang disempurnakan oleh Puan Megawati Binti Haji Julaihi, Ketua Pegawai, Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan, LAKMNS.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

2 Mac 2023 – Pada hari ini diadakan Majlis Persaraan Kakitangan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) iaitu Puan Rosila Binti Kiflie, Guru Akademik, Tadika Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub. Beliau telah berkhidmat di LAKMNS semenjak 04 April 2011 dengan tempoh perkhidmatan selama 11 tahun 10 bulan 25 hari.

 

Barisan pengurusan serta seluruh warga kerja LAKMNS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan komitmen beliau sepanjang perkhidmatan di LAKMNS.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 447
  • |
  • Yesterday 754
  • |
  • This week 2936
  • |
  • This month 17568
  • |
  • Total 461225

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search