- BERITA TERKINI
- Jumlah paparan: 399
Majlis Perhimpunan Anggota Polis Bantuan, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS)





Pada 3 Julai 2023, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Anggota Polis Bantuan, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bersama Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS YBhg Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai. Majlis berlangsung di Masjid Jamek Negeri Sarawak, dan disertai seramai 55 anggota polis bantuan dari lain-lain pangkat.
-
photo 1 2023 07 11 09 21 24
-
photo 1 2023 07 11 09 21 32
-
photo 1 2023 07 11 09 21 37
-
photo 2 2023 07 11 09 21 24
-
photo 2 2023 07 11 09 21 32
-
photo 2 2023 07 11 09 21 37
-
photo 3 2023 07 11 09 21 24
-
photo 3 2023 07 11 09 21 32
-
photo 4 2023 07 11 09 21 24
-
photo 4 2023 07 11 09 21 32
-
photo 5 2023 07 11 09 21 24
-
photo 5 2023 07 11 09 21 32
-
photo 6 2023 07 11 09 21 24
-
photo 6 2023 07 11 09 21 32
-
photo 7 2023 07 11 09 21 24
-
photo 7 2023 07 11 09 21 32
-
photo 8 2023 07 11 09 21 24
-
photo 8 2023 07 11 09 21 32
-
photo 9 2023 07 11 09 21 24
-
photo 9 2023 07 11 09 21 32
-
photo 10 2023 07 11 09 21 24
-
photo 10 2023 07 11 09 21 32
Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yang Berusaha Encik Mohamad Feisal bin Said, Ketua Pegawai Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan Puan Megawati binti Haji Julaihi, serta Ketua Pegawai Jabatan Pengurusan Masjid-Masjid Encik Abang Bikusary bin Haji Kadir.
Perhimpunan ini diadakan sebagai platform bagi Ketua Pegawai Eksekutif, LAKMNS menyampaikan amanat kepada anggota polis bantuan dalam memupuk semangat kerja berpasukan di dalam kalangan polis bantuan.
Sehubungan dengan itu juga, amanat Ketua Pegawai Eksekutif merangkumi etika kerja yang perlu dipatuhi oleh anggota polis bantuan dalam menjalankan tugasan harian dan juga untuk memberi panduan kerja yang baharu selari dengan saranan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (DR) Abang Haji Abdul Rahman ZOhari bin Abang Haji Openg, Premier Sarawak dalam melaksanakan penugasan secara digital.
Justeru itu, amanat yang disampaikan adalah amat penting untuk memastikan keselamatan harta benda dan aset LAKMNS akan lebih terjamin khususnya pada masa hadapan dari sebarang aktiviti jenayah dan mencegah daripada berlaku kerugian pada masa hadapan.