- BERITA TERKINI
- Jumlah paparan: 422
SOLAT AIDILFITRI 1444H 2023 M
Kadar pengguna: 5 / 5





22 April 2023- Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pagi ini menyertai orang ramai menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Turut mengiringi Yang Di-Pertua Negeri adalah Premier Sarawak Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, serta beberapa kenamaan negeri yang lain.
Menyambut ketibaan tetamu kenamaan adalah Setiausaha Kehormat Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Ahli-ahli Lembaga, Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai serta pengurusan tertinggi LAKMNS.
Solat Sunat Aidilfitri dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadhilah Dato' Haji Mustapha Kamal bin Ahmad Fauzi, manakala khutbah telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak al-Fadhil Ustaz Haji Khalidi bin Haji Ibrahim dengan tajuk "Aidilfitri: Hargailah Nikmat Kembali Kepada Fitrah".
Sementara itu, di Masjid Bandaraya Kuching, Solat Aidilfitri telah dipimpin oleh al-Fadhil Ustaz Addaha Zaidi manakala khutbah disampikan oleh Ustaz Haji Sa'anani Haji Fauzi.