iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

BERITA TERKINI

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

14 September 2022 - Masjid Bandaraya Kuching telah menerima lawatan daripada peserta Kursus Pemandu Pelancong Mesra Muslim – Muslim Friendly Tourist Guide (MFTG) anjuran Islamic Tourism Centre (ITC) dengan Bahagian Pembangunan Industri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Pejabat MOTAC Negeri Sarawak dan Sarawak Tourist Guide Association (SKTGA).

Lawatan ini adalah bertujuan bagi memberi pendedahan mengenai tatacara menyambut dan melayan pengunjung di masjid. Ia turut bertujuan bagi memberi informasi-informasi kepada peserta berkenaan sejarah Masjid Bandaraya Kuching.

Rombongan telah disambut oleh kakitangan Bahagian Masjid Bandaraya Kuching, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS). Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Encik Nuraiman Bin Omar, Ketua Bahagian Masjid Bandaraya Kuching. Peserta yang terdiri daripada 35 orang tersebut kemudiannya dibawa untuk melihat persekitaran masjid.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

30 Ogos 2022 – Pada hari ini telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Tadika Tahfiz Tun Abdul-Rahman Yakub (TATTARY) bertempat di Anjung Kiri Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif TATTARY untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan di samping menyemai sifat patriotik di kalangan murid.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang majlis, antaranya deklamasi sajak, nyanyian lagu Hari Kebangsaan, persembahan nyanyian, pertandingan peragaan fesyen, perarakan Hari Kebangsaan serta penyampaian hadiah.

Majlis turut dihadiri oleh Penyelia TATTARY, Puan Nur Aqma binti Sahari serta seluruh tenaga pengajar TATTARY.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pada 20 hingga 21 Ogos yang lalu, telah berlangsung Program Pemerkasaan Kakitangan Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (TATTARY), berlangsung di Raia Hotel & Covention Centre Kuching. Program ini telah dihadiri oleh 31 orang terdiri daripada kakitangan Bahagian Pelajaran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dan Pengurusan serta tenaga pengajar TATTARY.

Objektif utama program ini adalah untuk mengenal pasti instrumen standard yang boleh digunakan untuk mengesan tahap perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat umur. Selain itu, program ini turut bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman guru dengan lebih efektif dan praktikal dalam mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan.

 

 

Antara lain, pengisian program ini juga merangkumi perancangan intervensi Pendidikan mengikut keperluan kanak-kanak, selain menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam meningkatkan kemahiran pra-literasi mengikut perspektif terapis carakerja dan terapis pertuturanbahasa. Di samping itu, ia juga platform untuk memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan motivasi diri (“Mind Setting Towards Change”).

Program ini telah dikendalikan oleh beberapa fasilitator iaitu, Penolong Pengarah (Terapi Pertuturan Bahasa), Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Puan Siti Noor Izwani binti Bahaudin, Penolong Pengarah (Terapi Carakerja), Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Cik Nurul Atiqah binti Johari, dan Penceramah Motivasi Mastery Prolink Sdn Bhd, Mejar Mohamad Anuar bin Harun.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Seramai 40 orang kakitangan Polis Bantuan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah menghadiri Kursus Teknik Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan Yang Cemerlang bertempat di Bilik Kuliah, Masjid Bandaraya Kuching. Kursus berlangsung pada 20 dan 21 Ogos 2022.

 

 

Penganjuran kursus ini adalah berdasarkan beberapa objektif. Antaranya adalah untuk melatih dan memperkasakan pasukan bahagian keselamatan tentang kepentingan khidmat pelanggan termasuk teknik yang berkesan untuk mengendali pelanggan . Di samping mempertingkatkan perkhidmatan bahagian keselamatan dan memberi imej yang terbaik untuk LAKMNS.

 

Para peserta turut diberi kefahaman dan latihan berkenaan kepentingan khidmat pelanggan. Peserta juga didedahkan dengan kamahiran memperbaiki proses komunikasi, halangan dalam komunikasi dan meningkatkan mutu penerimaan maklumat.

 

Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Haji Azmi bin Haji A. Bakar dari Comfori Sdn. Bhd.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

5 Ogos 2022 - Satu majlis ringkas penyerahan barangan-barangan keperluan asas masjid & surau daripada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) kepada beberapa masjid dan surau di sekitar bandaraya Kuching, Samarahan dan Serian telah diadakan. Sumbangan daripada LAKMNS ini adalah berdasarkan permohonan daripada pihak masjid dan surau mengikut keperluan masing-masing.

 

Sumbangan berupa peralatan dan keperluan masjid seperti kipas angin berdiri, sejadah gulung, meja rehal, Tafsir al-Quran, sistem siaraya, dan rak al-Quran, diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai.

 

 

Antara masjid dan surau yang menerima sumbangan adalah Musolla, SMK Tebakang, Jalan Mongkos, Masjid Darul Hasanah, Kampung Selang Ulu, Masjid Darul Imam, Kampung Temaga Melayu, Sematan, Surau Cahaya Islam , Kampung Iboi Laut, Daerah Kecil Sadong Jaya, Surau Darul Ikhwanul Muslimin, Ibu Pejabat Polis Daerah Simunjan, Surau Darul Ekhsan, Kampung Jemukan Ulu, Daerah Kecil Sadong Jaya, Masjid Darul Salihin Kampung Tanjung Parang, Surau Hidayatul Muslim, Taman Duranda Emas, Surau Nurul Hijrah, Kampung Bukit Kudi Sungai Tiram Batu Mas.

 

Turut hadir pada majlis ini adalah Ketua-ketua Pegawai LAKMNS.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 439
  • |
  • Yesterday 777
  • |
  • This week 3385
  • |
  • This month 1759
  • |
  • Total 714213

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search