KaunselingLEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

Unit Psikologi dan Kaunseling (UPKL) merupakan unit baru di bawah Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia (Group HR LAKMNS) yang telah ditubuhkan secara rasminya pada November 2018

Tujuan penubuhan Unit Psikologi dan Kaunseling merupakan salah satu inisiatif pihak pengurusan LAKMNS bagi memangkin kesejahteraan dan membangunkan modal insan dalam kalangan kakitangan LAKMNS melalui pendekatan psikologi dan kaunseling.

Hal ini merupakan satu langkah yang dipercayai mampu menjana modal insan secara lebih menyeluruh dan holistik. Pengetahuan dan kemahiran menggunakan aplikasi psikologi dilihat sebagai sesuatu yang penting dalam usaha memperkasakan modal insan. Isu-isu yang berlaku dalam organisasi seperti masalah motivasi kerja, disiplin, integriti dan prestasi perlu ditangani secara berhemah dan bijaksana.

Tambahan pula isu-isu seperti ini sukar difahami kerana ia berhubung kait dengan faktor dalaman seseorang seperti sikap, nilai, kepercayaan, emosi dan pemikiran. Pengenalpastian masalah dan penyelesaiannya dipercayai dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah pendekatan psikologi yang tepat dan keputusan perlu dihasilkan dengan pantas.

Pendekatan psikologi dan kaunseling yang ditekankan oleh unit baru ini dalam usaha untuk membangunkan modal insan menekankan aspek seperti pembangunan, pencegahan dan pemulihan. Aplikasi psikologi dalam pengurusan kakitangan merupakan aktiviti yang menumpukan kepada elemen pemikiran, tingkah laku dan emosi individu di tempat kerja.

Aktiviti yang dijalankan merupakan usaha penambahbaikan berterusan terhadap pengurusan modal insan. Ia meliputi penilaian personel, pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi. Seterusnya ia dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan kakitangan dalam usaha mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan harmoni.

Kini, perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Psikologi Dan Kaunseling di LAKMNS turut diperluaskan kepada pihak luar yang berminat.

"To feel is to be human, It is okay to be human"

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan :

Unit Psikologi dan Kaunseling,

Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia (Group HR LAKMNS)

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak.

Level 8, BAITUL MAKMUR ,

Medan Raya, Petra Jaya,

93050 Kuching , Sarawak .

Tel : 082 440775

Fax : 082 444895

PERKHIDMATAN
KAMI

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

  • Visitor Counter :
  • Today 116
  • |
  • Yesterday 422
  • |
  • This week 1241
  • |
  • This month 1241
  • |
  • Total 49288

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

© Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak. All Rights Reserved.

Search