iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

BERITA TERKINI

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

1 JANUARI 2024 - Pada 1 Januari 2024M yang lalu, telah diadakan Majlis Penangguhan bagi Program Who Am I? V4.0 yang telah berlangsung di Masjid Jamek Negeri Sarawak. Program yang telah dianjurkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah diadakan dengan kerjasama Kelab Belia Masjid Jamek Petra Jaya (MASJA-SA).

 

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam tersebut bermula pada 30 Disember 2023M sehingga 01 Januari 2024M, bertempat di Masjid Jamek Negeri Sarawak, telah disertai 39 orang yang terdiri daripada Belia berusia 15-30 tahun.

Program “WHO AM I?” bertujuan untuk melahirkan para belia yang memiliki keazaman untuk cemerlang berdasarkan set kemahiran, ilmu dan teknik yang diperolehi sepanjang program. Selain itu, untuk melahirkan rasa cinta para belia terhadap aktiviti pengimarahan masjid serta menjalinkan hubungan silaturrahim antara ahli Kelab Belia Masjid Jamek Petra Jaya (MASJA-SA)

Sepanjang 3 hari program berlangsung pelbagai aktiviti menarik seperti latihan dalam kumpulan (LDK), tahsin solat, ceramah keagamaan. Ceramah motivasi qiamullail dan banyak lagi aktiviti. Majlis penangguhan program ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif, LAKMNS. Turut hadir ialah Encik Abang Bikusary bin Haji Kadir, Ketua Pegawai, Jabatan Pengurusan Masjid-Masjid LAKMNS, Haji Mohamad Nidzam bin Haji Ahmad, Ketua Bahagian Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Encik Nuraiman bin Omar, Ketua Bahagian Masjid Bandaraya Kuching.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Seramai 58 kakitangan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah mengikuti Program Persediaan Persaraan Kakitangan LAKMNS yang dijalankan pada 3 dan 4 Oktober 2023 bertempat di Bilik Seminar Baitul Makmur II.

Peserta-peserta adalah terdiri daripada kakitangan LAKMNS yang turut disertai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua-ketua Pegawai dari setiap Jabatan serta Ketua-ketua Bahagian LAKMNS. Program ini adalah sebagai medium pengenalan kepada persediaan alam persaraan untuk kakitangan terlibat.  

Terdapat 6 slot perkongsian yang telah dijalankan iaitu slot kesihatan mental yang disampaikan oleh Puan Chiew Pei Ching, Pegawai Psikologi Kaunseling dan Encik Felix Thompson Ak Howell, Penolong Pegawai Perubatan yang kedua-duanya daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching. Selain itu terdapat juga slot perkongsian oleh Encik Ronney Khairuddin, Penasihat Kanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Manakala hari kedua program pula terdapat slot perkongsian dari Encik Abang Mohammed Razali selaku Pegawai Eksekutif Kanan, Unit Sinergi PERKESO Negeri Sarawak, slot perkongsian seterusnya pula disampaikan oleh Encik Haji Madehi selaku Ketua Pemasaran Negeri, Lembaga Tabung Haji Negeri Sarawak dan slot perkongsian terakhir disampaikan oleh Puan Marlene Margaret Nichol iaitu Ketua Cawangan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Kuching.

Pada hari terakhir program juga, telah berlangsungnya Majlis Penutupan yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap Bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif, LAKMNS.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Hari Sukaneka TATTARY telah dijalankan pada 5 Oktober 2023 yang lepas di Stadium MBKS, Pending Kuching. Sukaneka TATTARY telah dirasmikan oleh Puan Megawati binti Haji Julaihi, Ketua Pegawai Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) mewakili Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS.

 

Hari sukan bagi tahun ini bertemakan haiwan. Antara haiwan yang menjadi pilihan adalah Semut bagi rumah sukan merah, Lebah bagi rumah sukan kuning, Ikan Paus bagi rumah sukan biru dan Katak bagi rumah sukan hijau.

Pada tahun ini, pasukan rumah kuning telah menjadi Juara Keseluruhan Sukaneka TATTARY.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Kembara Cinta Rasul bersama Professor Dr. Ustadz Abdul Somad Batubara bertempat di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada 30 September 2023.

 

Beliau telah menyampaikan ceramah dengan tajuk Piagam Madinah Asas Perpaduan Ummah. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) turut serta dalam perarakan Maulidur Rasul 2023M/1445H. Kontinjen LAKMNS telah diketuai oleh Pemangku Ketua Bahagian Keselamatan Encik Yusuf bin Mohamad Nassir.

 

Turut serta dalam perarakan ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohamad Feisal bin Said, Ketua-ketua Pegawai, Ketua-ketua Bahagian dan pegawai LAKMNS. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang serta dif-dif kenamaan yang lain.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 564
  • |
  • Yesterday 658
  • |
  • This week 1222
  • |
  • This month 11982
  • |
  • Total 701606

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search