iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIFLEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Bagi Mac 2023

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah, segala puji ke Hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda SAW.

Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak buat seluruh muslimin dan muslimat. Semoga ibadah puasa yang kita tunaikan ini akan dapat ditunaikan dengan penuh barakah dan sudah tentunya diterima segala amalan kita oleh Allah SWT.

Sempena bulan Ramadan ini, kami di LAKMNS membawakan pelbagai program pengimarahan sepanjang bulan, di kedua-dua Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching. insyaAllah, antara program yang akan berlangsung adalah kelas tadarus al-Quran HELWA (untuk Wanita), program pengagihan bubur Masja-Sa, jamuan berbuaka puasa, program titipan kasih, dan sebagainya. Perincian bagi program-program ini akan kami war-warkan melalui laman Facebook dan Instagram kami. Justeru kami ingin mengajak muslimin muslimat untuk sama-sama hadir ke masjid-masjid kami untuk bersama mengimarahkan program-program yang telah kami susun.

Di samping itu, kami juga ingin mengajak orang ramai untuk sama-sama mengikuti radio internet kami, iaitu Internet Radio Islamic Sarawak (IRIS) untuk mendapatkan maklumat-maklumat semasa terutamanya daripada agensi-agensi Islam Sarawak, di samping berhibur dengan alunan muzik yang mendamaikan jiwa.

Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

DATUK HAJI ABANG ABDUL WAHAP BIN HAJI ABANG JULAI
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak(LAKMNS)

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 438
  • |
  • Yesterday 754
  • |
  • This week 2927
  • |
  • This month 17559
  • |
  • Total 461216

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search