iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

BERITA TERKINI

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

31 Mac 2023 – Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg hari ini merasmikan Kompleks Raudhatul Sakinah Kuching bertempat di Tanah Perkuburan Semariang.

 

Kompleks Raudhatul Sakinah Kuching yang sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Pusara Islam Semariang atau Semariang Islamic Cemetery Complex (SICC), merupakan sebuah one-stop-centre bagi pengurusan jenazah yang dibangunkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), bertempat di Tanah Perkuburan Semariang. Kemudahan yang disediakan di kompleks ini adalah merangkumi urusan memandikan, mengkafankan, serta menyembahyangkan jenazah.

Selain kemudahan pengurusan jenazah, kompleks ini turut menyediakan kemudahan lain seperti pejabat urusan, ruang solat, ruang serba guna, tandas, ruang parkir dan sebagainya. Kompleks ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada 15 April 2023.

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

11 Mac 2023 - Masjid Jamek Negeri Sarawak telah menerima kunjungan daripada Ikatan Persaudaraan Haji Indonesia Al -Arofah 2019 Pontianak Provinsi Kalimantan Barat.

 

Rombongan seramai 50 orang ini telah diketuai oleh H. Edi Ermansyah. Menurut H. Edi Ermansyah, lawatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di samping mempelajari perkara baharu di Kuching.

Dalam ucapan alu-aluannya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Encik Mohamad Feisal bin Said menyambut baik kedatangan pihak rombongan dan berharap kunjungan ini menjadi platform untuk bertukar pendapat serta mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua pihak. Beliau turut memberikan taklimat ringkas berkenaan LAKMNS dan Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Turut menyantuni rombongan ini adalah Ketua-ketua Pegawai, Ketua-ketua Bahagian serta kakitangan LAKMNS.

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

Pada 9 Mac 2023, telah berlangsung Program Penjagaan Diri Dengan ‘Mindfulness’ anjuran Unit Psikologi dan Kaunseling , Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS). Sesi ini telah dikendalikan oleh Pensyarah Kanan (Kaunseling), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Puan Siti Norazilah Bt Mohd Said serta Pegawai Penyelidik UNIMAS, Cik Rohani binti Yacob.

 

Program ini telah disertai seramai 54 kakitangan LAKMNS dari semua jabatan/bahagian dan berlangsung di Bilik Seminar Baitul Makmur II. Objektif program adalah memberi pendedahan kepada peserta berkenaan dengan “Mindfulness”, di samping memberi perkongsian tentang minda ketara sedar dan komponen asas “Mindfulness”. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pengetahuan berkenaan dengan teknik dan aplikasi “mindfulness” dalam kehidupan seharian.

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

Open University Malaysia (OUM) Kuching telah menganjurkan "Majlis Apresiasi Rakan Strategik OUM" pada Jumaat, 3 Mac 2023 bagi menghargai organisasi, agensi dan rakan-rakan strategik yang bekerjasama dan memberi sokongan kepada OUM.

 

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) merupakan salah sebuah organisasi yang menjalinkan kerjasama dengan OUM dalam menyediakan latihan profesional pendidikan awal kanak-kanak kepada kakitangan Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya'kub (TATTARY).

 

Mulai Semester September 2022 yang lepas, seramai 15 orang kakitangan TATTARY yang terdiri daripada pengurusan TATTARY dan guru-guru telah mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di OUM yang dibiayai sepenuhnya oleh LAKMNS.

 

Usaha ini bertujuan untuk memantapkan dan meningkatkan kualiti pendidikan di TATTARY. Sejajar dengan saranan kerajaan yang mensasarkan guru tadika memiliki sekurang-kurangnya diploma pendidikan awal kanak-kanak.

 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai serta beberapa pegawai kanan LAKMNS.

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

Seramai 27 orang kakitangan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah menjalani Kursus Pengurusan Fail dan Stor pada 1 dan 2 Mac 2023 bertempat di Seminar Hall 2, Serapi Hotel, Kuching.

 

Peserta yang terlibat terdiri daripada kakitangan di peringkat eksekutif dan kakitangan sokongan dari setiap Jabatan dan Bahagian LAKMNS. Antara objektif kursus ini antara lainnya adalah penambahbaikan aspek pengurusan fail dan stor yang merupakan salah satu elemen penting yang diberi penekanan ke arah pembangunan sistem amalan persekitaran berkualiti 5S.

 

Kursus tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Encik Mohd Rashid bin Kanchil yang berpengalaman luas dalam perundingan amalan 5S di pejabat-pejabat kerajaan persekutuan dan negeri. Penutup bagi kursus tersebut adalah sesi penyampaian sijil penyertaan yang disempurnakan oleh Puan Megawati Binti Haji Julaihi, Ketua Pegawai, Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan, LAKMNS.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 44
  • |
  • Yesterday 603
  • |
  • This week 4345
  • |
  • This month 1444
  • |
  • Total 612455

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search