- BERITA TERKINI
- Jumlah paparan: 5136
KAYUHAN MAULIDUR RASUL 1444H/2022M
Kadar pengguna: 5 / 5





9 Oktober 2022 - Kira-kira 200 orang menyertai Kayuhan Maulidur Rasul 1444H/2022 anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) sempena sambutan Maulidur Rasul.
Program ini adalah sebagai salah satu inisiatif LAKMNS untuk menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini selain beberapa siri ceramah khas. Di samping itu, ia adalah sebagai platform untuk mengerat hubungan silaturrahim di kalangan masyarakat berbilang kaum secara amnya. Selain itu, program ini juga adalah sebagai mempromosikan masjid sebagai tempat riadah.
Kayuhan bermula seawal 7 pagi bermula di Masjid Jamek Negeri Sarawak. Peserta kemudian melakukan beberapa 'pit-stop' iaitu di Masjid Darul Sakinah, Jalan Astana, Masjid Darul Uuyun, Jalan Muhibbah dan Masjid Al-Hakim, Jalan Muda Hashim, sebelum kembali ke Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Mengetuai kayuhan adalah Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Berbasikal Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.