BAHAGIAN KESELAMATANLEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

Bahagian Keselamatan berperanan untuk memelihara, mengekal dan mempertingkat ketenteraman awam, keselamatan harta dan aset milik LAKMNS serta meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan peraturan di dalam kawasan kawalannya

SEJARAH PENUBUHAN POLIS BANTUAN LAKMNS

  • PERMULAAN PENUBUHAN UNIT KESELAMATAN LAKMNS ADALAH SEKITAR TAHUN 1991 DENGAN KEKUATAN SERAMAI 8 ORANG PENGAWAL KESELAMATAN.

  • UNIT KESELAMATAN TELAH BERKEMBANG MENJADI BAHAGIAN KESELAMATAN, YANG MERANGKUMI SKOP TUGAS DAN TANGGUNGAWAB YANG LEBIH LUAS SEJAJAR DENGAN PERKEMBANGAN LAKMNS SECARA KESELURUHANNYA

  • KETUA POLIS NEGARA TELAH MELULUSKAN PENTAULIAHAN POLIS BANTUAN LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK PADA 26 JUN 2014 DAN WATIKAH KELULUSAN TELAH DISAMPAIKAN OLEH KOMISIONER POLIS DATO’ WIRA AYUB BIN HAJI YAAKOB, PENGARAH JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (JPJKK) PDRM KEPADA DATUK AMAR ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI, MENTERI PERUMAHAN DAN MENTERI PELANCONGAN SARAWAK MERANGKAP TIMBALAN PENGERUSI LAKMNS PADA 6 OGOS 2014, PADA KETIKA ITU.

PERINTAH TETAP KETUA POLIS NEGARA H602

PENUBUHAN DAN PENUGASAN POLIS BANTUAN

PENUBUHAN POLIS BANTUAN ADALAH MENGIKUT BAHAGIAN IX, AKTA POLIS 1967 (SEKSYEN 47 – SEKSYEN 50) DAN PERATURAN – PERATURAN (POLIS BANTUAN) POLIS 1970 (P.U.(A) 461 BERTARIKH 21 DISEMBER 1970), DIMANA SYARAT – SYARAT PENUBUHAN POLIS BANTUAN TELAH DINYATAKAN DENGAN JELAS DAN BUKANNYA DIBAWAH MANA – MANA UNDANG-UNDANG YANG LAIN, IAITU MENJALANKAN TUGAS – TUGAS KEPOLISAN SAHAJA DAN ASPEK KESELAMATAN ORANG RAMAI SERTA KAWASAN YANG TELAH DITETAPKAN DIJADIKAN KEUTAMAAN. TUGAS – TUGAS YANG DIBENARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT: -

  • RONDAAN, BIT DAN KAWALAN STATIK

  • KAWALAN ORANG RAMAI, MEMERIKSA ORANG RAMAI DAN KENDERAAN

  • MELINDUNGI DAN MENGIRINGI HARTA MAJIKAN

  • MENCEGAH KESALAHAN – KESALAHAN JENAYAH

  • MENGESAN DAN MENANGKAP PESALAH – PESALAH


FUNGSI DAN PERANAN

Mengurus fungsi keselamatan untuk harta dan aset di bawah pengurusan LAKMNS.

Mengurus dan memimpin anggota Polis Bantuan di bawah pentadbiran Bahagian Keselamatan.

Menentukan pelaksanaan undang-undang dan peraturan dilaksanakan dengan teliti, adil dan berkesan.

Menjalinkan hubungan baik di antara Agensi-agensi Polis Bantuan yang lain.

Memantau, menganalisa dan memeriksa peralatan keselamatan.

Melakukan kajian pengurusan risiko terhadap sebarang ancaman keselamatan.

Menyediakan laporan dan Bajet Bahagian Keselamatan, LAKMNS.

Menjalankan penangkapan ke atas pesalah yang melakukan kesalahan.

Menyusun, melaksana dan menguatkuasa prosedur keselamatan.

Melaksanakan arahan pihak Pengurusan LAKMNS dari semasa ke semasa.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 175
  • |
  • Yesterday 425
  • |
  • This week 2328
  • |
  • This month 2541
  • |
  • Total 161926

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search