iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

MAJLIS KONVOKESYEN TATTARY KE-13

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Seramai 58 murid Tadika Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub (TATTARY) hari ini diraikan dalam Majlis Konvokesyen TATTARY ke-13 bertempat di Dewan HIKMAH, Petra Jaya. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) YBhg. Datuk Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai.

 

 

Majlis diserikan lagi dengan pelbagai persembahan daripada murid, antaranya alunan zikir asma al-husna, persembahan hafazan, dan persembahan kreatif.

Ketika berucap pada majlis tersebut, YBhg. Datuk Abang Abdul Wahap menyarankan ibu bapa agar terus memberi galakan kepada anak-anak TATTARY ini untuk meneruskan hafazan mereka ke peringkat yang seterusnya sehingga berjaya menghafaz keseluruhan al-Quran.

 

Tambahnya, anak-anak merupakan modal insan yang sangat berharga kepada negara. Justeru, pendidikan dari peringkat awal merupakan suatu faktor yang perlu diberi keutamaan dalam pembangunan diri anak-anak, dengan memberikan penekanan kefahaman kepada al-Quran dan as-Sunnah.

 

Pada majlis tersebut Adik Awang Nazmie bin Awang Rozaimie telah danugerahkan sebagai Hafiz Muda Masja-Sa di atas kecemerlangan beliau dalam hafazan al-Quran dan akademik.

 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohamad Feisal bin Said, Ketua-ketua Pegawai serta Ketua-ketua Bahagian LAKMNS.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 573
  • |
  • Yesterday 653
  • |
  • This week 1226
  • |
  • This month 5069
  • |
  • Total 717523

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search