iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

BERITA TERKINI

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

17 Mac 2022 - Satu majlis ringkas penyerahan sumbangan kepada masjid dan surau telah diadakan hari ini bertempat di perkarangan Anjung Utama, Masjid Jamek Negeri Sarawak.

 

 

Wakil daripada sepuluh buah masjid/surau/sekolah di sekitar Kuching dan Samarahan telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS).

 

Antara sumbangan yang disampaikan pada majlis tersebut adalah keperluan asas seperti sejadah, pengusung dan singki jenazah, set kelengkapan pengurusan jenazah, kipas angin, mikrofon, PA system dan perabot untuk penyimpanan barang seperti telekung dan selipar. Turut disumbangkan juga keperluan untuk pembelajaran seperti meja lipat, rak Al-Quran, meja tazkirah serta kerusi sandar.

 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua-ketua Pegawai LAKMNS.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

13 Mac 2022 - Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) sentiasa membuka pintu kerjasama kepada semua pihak, samada daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), dan juga mana-mana pertubuhan mahupun orang perseorangan dalam menyediakan bantuan kebajikan kepada masyarakat.

 

 

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai semasa berucap di Majlis Perasmian Program Bag to School (BTS) 2.0 Edisi Sarawak bertempat di Masjid Jamek Negeri SArawak. Program ini adalah anjuran Pertubuhan Kebajikan Dana Kita dengan kerjasama LAKMNS, yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

 

Beliau turut berterima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan Dana Kita kerana memilih untuk bekerjasama dengan LAKMNS dalam mengendalikan program ini. Melalui program ini, Sebanyak 2000 beg sekolah disumbangkan kepada para pelajar terdiri daripada golongan asnaf dan mereka yang di bawah kategori B40, di sekitar Kuching, Samarahan, Serian dan Padawan.

 

Simbolik perasmian adalah pengagihan beg-beg sekolah secara pandu lalu kepada pengetua-pengetua dan guru-guru besar daripada sekolah-sekolah yang terpilih bagi mewakili pelajar masing-masing. Pengagihan dilakukan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak (Sektor Pembangunan Murid), Encik Zamzaitul Akmal Hisham bin Ahmad yang turut merasmikan majlis.

 

Turut hadir adalah Presiden Pertubuhan Dana Kita Encik Mohd Fadli bin Haji Salleh, serta wakil-wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuching, Padawan dan Samarahan, serta sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 1329
  • |
  • Yesterday 1320
  • |
  • This week 2649
  • |
  • This month 29099
  • |
  • Total 797850

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search