iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

BERITA TERKINI

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Setelah dua tahun kita berhadapan pandemik Covid-19, kemeriahan Aidilfitri yang kita sambut setiap tahun turut terkena tempiasnya. Semuanya dek perintah kawalan pergerakan (PKP) yang membataskan budaya kunjung mengunjung di Hari Raya.

 

2 Mei 2022 bersamaan 1 Syawal 1443H, menjadi saksi betapa meriahnya suasana di Masjid Jamek Negeri Sarawak. Ia diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud serta Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg serta beberapa kenamaan lain.

 

 

Jemaah yang hadir dianggarkan sekitar 6000 orang sama-sama melaungkan takbir dan kemudiannya mendirikan solat yang diimamkan oleh Sahibul Fadilah Dato' Haji Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi, Imam Besar Negeri Sarawak yang turut menyampaikan khutbah.

Menyambut ketibaan tetamu kenamaan adalah Setiausaha Kehormat Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato' Hussein, Ahli-ahli Lembaga LAKMNS, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai serta pengurusan tertinggi LAKMNS.

 

Sementara itu, suasana yang sama turut dirasai di Masjid Bandaraya Kuching, di mana solat sunat telah dipimpin oleh Ustaz Haji Sa'anani Haji Fauzi, yang turut menyampaikan khutbah.

Semoga keadaan ini akan bertambah serinya lagi di masa akan datang. Tiada yang lain kita harapkan semoga saf yang kita rapatkan ini menjadi asbab kukuhnya tali silaturrahim di antara umat Islam.

 

Firman Allah di dalam Surah Ali Imran ayat ke-103,

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk."

 

Semoga institusi masjid ini menjadi medan untuk kita tingkatkan persaudaraan sesama muslim, dan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Khatam Al-Quran LAKMNS telah berlangsung pada 30 April 2022 bersamaan 28 Ramadan 1443H di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Sahibul Fadilah Dato Haji Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi, Imam Besar Negeri Sarawak telah mengetuai para imam hafiz untuk mengalunkan bacaan khatamal quran pada tahun ini. Manakala kumpulan tahtim pula terdiri daripada guru-guru dan peserta Program Tadarus LAKMNS 2022M/1443H.

 

 

Majlis disusuli dengan penyampaian saguhati kepada imam hafiz yang mengimami solat sunat taraweh di Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching serta penyerahan duit raya kepada peserta-peserta tadarus oleh Yang Berbahagia Datuk Abang Abdul Wahab bin Hj Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

21 April 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah semalam berkenan untuk berangkat ke Masjid Jamek Negeri Sarawak untuk berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama orang ramai. Turut mengiringi baginda adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

 

 

Ketibaan baginda berdua disambut oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib, Premier Sarawak yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg serta isteri Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang.

Hadir sama adalah kenamaan-kenamaan negeri serta Ahli-ahli Lembaga serta pengurusan kanan LAKMNS.

Semasa majlis berbuka puasa, baginda berdua berkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

14 April 2022 - Pengagihan Bubur MASJA-Sa Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bagi tahun 2022M/1443M telah bermula pada 13 sehingga 22 April 2022 di Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching.

 

 

Perasmian Program Pengagihan Bubur MASJA-SA LAKMNS telah diadakan bertempat di Masjid Jamek Negeri Sarawak, disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai. Dalam majlis ringkas tersebut, beliau turut berkesempatan mengagihkan bubur kepada orang ramai yang hadir untuk mendapatkan bubur tradisi LAKMNS yang sinonim setiap kali menjelang bulan Ramadan.

 

 

Pengagihan akan bermula selepas solat Asar dan akan dilaksanakan secara pandu-lalu (drive-thru). Orang ramai yang ingin mendapatkan bubur ini hanya perlu beratur dalam kenderaan masing-masing di kawasan yang ditetapkan dan tidak perlu membawa bekas masing-masing kerana bubur telah siap dibungkus di dalam bekas yang telah disediakan.

 

Terdahulu, sebuah majlis ringkas turut berlangsung di anjung Masjid Jamek Negeri Sarawak iaitu simbolik penyerahan sumbangan beras oleh Fieldmart Sdn. Bhd. dan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku penaja beras bagi program ini.

 

Dalam perkembangan lain, LAKMNS dalam perancangan untuk mengadakan program pengagihan bubur ala MASJA-Sa di Masjid Bandaraya Kuching bermula pada bulan Julai kelak untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Sebanyak 100 bungkusan bubur disasarkan untuk diagihkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

2 April 2022 - Mufti Kerajaan Negeri Sarawak Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yasin mengingatkan umat Islam untuk melakukan tadabbur al-Quran sebagai salah satu cara untuk menghidupkan bulan Ramadan.

 

 

Peringatan tersebut dizahirkan beliau ketika menyampaikan tazkirah semasa Majlis Taklimat Ihya' Ramadan anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bertempat di Masjid Jamek Negeri Sarawak. Program ini disertai oleh wakil-wakil daripada masjid-masjid dan surau-surau sekitar bandaraya Kuching.

 

Tambahnya, melalui tadabbur al-Quran, umat islam bukan sahaja dianjurkan untuk memahami dan mengamalkan ajaran al-Quran, malah turut digalakkan untuk memperbaiki bacaan kerana menurutnya, itu adalah sebahagian daripada ilmu Allah SWT.

 

Sejurus selepas itu, diadakan bacaan tahlil yang diketuai oleh Imam Besar Negeri Sarawak Sahibul Fadhilah Dato' Haji Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Encik Mohamad Feisal bin Said, Ketua-ketua Pegawai LAKMNS, serta pegawai-pegawai kanan LAKMNS.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 471
  • |
  • Yesterday 885
  • |
  • This week 5028
  • |
  • This month 3402
  • |
  • Total 715856

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search