iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

SOLAT SUNAT AIDILFITRI 1443H/2022M

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Setelah dua tahun kita berhadapan pandemik Covid-19, kemeriahan Aidilfitri yang kita sambut setiap tahun turut terkena tempiasnya. Semuanya dek perintah kawalan pergerakan (PKP) yang membataskan budaya kunjung mengunjung di Hari Raya.

 

2 Mei 2022 bersamaan 1 Syawal 1443H, menjadi saksi betapa meriahnya suasana di Masjid Jamek Negeri Sarawak. Ia diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud serta Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg serta beberapa kenamaan lain.

 

 

Jemaah yang hadir dianggarkan sekitar 6000 orang sama-sama melaungkan takbir dan kemudiannya mendirikan solat yang diimamkan oleh Sahibul Fadilah Dato' Haji Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi, Imam Besar Negeri Sarawak yang turut menyampaikan khutbah.

Menyambut ketibaan tetamu kenamaan adalah Setiausaha Kehormat Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato' Hussein, Ahli-ahli Lembaga LAKMNS, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai serta pengurusan tertinggi LAKMNS.

 

Sementara itu, suasana yang sama turut dirasai di Masjid Bandaraya Kuching, di mana solat sunat telah dipimpin oleh Ustaz Haji Sa'anani Haji Fauzi, yang turut menyampaikan khutbah.

Semoga keadaan ini akan bertambah serinya lagi di masa akan datang. Tiada yang lain kita harapkan semoga saf yang kita rapatkan ini menjadi asbab kukuhnya tali silaturrahim di antara umat Islam.

 

Firman Allah di dalam Surah Ali Imran ayat ke-103,

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk."

 

Semoga institusi masjid ini menjadi medan untuk kita tingkatkan persaudaraan sesama muslim, dan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 237
  • |
  • Yesterday 936
  • |
  • This week 3598
  • |
  • This month 20770
  • |
  • Total 687404

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search