iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

PEMAKANAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah, ayat 172
‘Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadah kepadaNya’

 

 

Ayat tersebut menerangkan perilaku dan kriteria makanan yang sihat iaitu halal dan thayyib. Umat Islam digalakkan mengamalkan pemakanan mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W. Makanan yang halal tidak semestinya thayyib atau baik. Contohnya penggunaan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan dan mendatangkan Penyakit Diabetes. Contoh makanan Sunnah adalah madu, buah tin, zaitun, kurma, delima, anggur, barli, labu, pisang, habbatussauda’, cuka, susu dan air zam-zam.

 

Konsep pemakanan mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W telah diperincikan dalam Program You Are What You Eat pada 28 November 2022 di Sarawak Islamic Information Centre. Program tersebut adalah anjuran bersama LAKMNS, IIC, JAKIM, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan JAIS. Panel penceramah dalam program tersebut adalah Ustaz Rozie bin Rejab, Pengurus Eksekutif dan Pengarah Urusan Mrozie Group, Ustaz Husni Zaim, Penasihat Tahfiz Mutqan (Shah Alam, Kuala Kangsar , Kuala Pilah dan Baling) dan Dr. Muhammad Zaid bin Zain, Pensyarah UiTM Cawangan Kota Samarahan.

 

Majlis penangguhan program ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai. Beliau mengatakan bahawa program sebegini dapat memberi pengetahuan bagaimana cara untuk menjaga pemakanan dengan baik dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai Pakar nutrisi terhebat. Beliau menyimpulkan makanan yang HALAL itu belum pasti ianya adalah TOYYIB, tetapi makanan yang TOYYIB itu sudah pastinya HALAL. Beliau juga berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menyeru kepada agensi lain agar dapat bekerjasama dalam menjayakan lagi program lain nanti. Majlis penangguhan turut dihadiri oleh Ustaz Hamdan bin Jar’ee, Pengarah JAKIM Sarawak, Encik Abang Bikusary bin Haji Kadir, Ketua Pegawai Jabatan Pengurusan Masjid-masjid LAKMNS, wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, IIC dan JAIS.

 

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 397
  • |
  • Yesterday 670
  • |
  • This week 397
  • |
  • This month 21601
  • |
  • Total 711225

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search