iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

BENGKEL ASAS KESIHATAN MELALUI DIAGNOS TELAPAK TANGAN 2022

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Pada tanggal 26 November 2022, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah menganjurkan Bengkel Asas Kesihatan Melalui Diagnos Telapak Tangan yang bertempat di Bilik Kuliah, Masjid Bandaraya Kuching. Bengkel ini telah bermula seawal jam 08:30 pagi dan berakhir selepas Zohor. 

 

 

Sesi bengkel telah dimulakan dengan sesi pertama iaitu pengisian yang bertajuk Teori Asas Pengenalan Diagnos Telapak Tangan yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Rozie Rejab dan seterusnya pada sesi kedua diteruskan dengan perkongsian mengenai Praktikal Diagnos Telapak Tangan yang telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Husni Zaim bin Mohmadan. Sesi ketiga pula diteruskan dengan Sinergi Rawatan, dan diakhiri dengan sesi Diagnos Telapak Tangan oleh para penceramah kepada setiap peserta dan urusetia yang berada di bengkel tersebut.

Di antara kepentingan mengadakan bengkel ini ialah dapat memperkenalkan serta sekaligus memberi penekanan kepada masyarakat tentang rawatan dan cara penjagaan kesihatan yang dianjurkan seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.

Majlis penangguhan bengkel ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif, LAKMNS.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 62
  • |
  • Yesterday 936
  • |
  • This week 3423
  • |
  • This month 20595
  • |
  • Total 687229

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search