iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DERMA MASJID DAN SURAU

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

2 Disember 2022 - Hari ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Derma Masjid dan Surau anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak yang bertempat di Anjung Masjid Jamek Negeri Sarawak.

 

 

Sejumlah 14 penerima yang terdiri daripada masjid dan surau serta agensi-agensi sekitar Bandaraya Kuching, Kota Samarahan dan Sebuyau serta Pejabat Pendidikan Daerah Serian yang telah dijemput hadir pada majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu.

 

Hadir menyempurnakan majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, YBhg Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai diiringi Puan Megawati binti Haji Julaihi, Ketua Pegawai, Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan dan Encik Abang Bikusary bin Haji Kadir, Ketua Pegawai, Jabatan Pengurusan Masjid-masjid. Turut serta dalam majlis tersebut adalah Tuan Haji Mohd Bedrie bin Haji Ali Akebar, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YAKIN dan Puan Yuliani binti Yahya, Pengarah PUSPEN.

 

Antara keperluan yang telah disumbangkan dalam majlis tersebut adalah seperti kelengkapan pengurusan jenazah, sejadah, kitab suci Al-Quran, buku Iqra’, kelengkapan audio dan beberapa barangan lain. Penyerahan sumbangan ini diharap dapat membantu pihak masjid/surau dalam mengimarahkan masjid/surau di tempat masing-masing.

 

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 743
  • |
  • Yesterday 885
  • |
  • This week 5300
  • |
  • This month 3674
  • |
  • Total 716128

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search