iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

FESTIVAL MAAL HIJRAH 1445H/2023 LABUH TIRAI

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

30 Julai 2023 - Festival Maal Hijrah 1445H/2023 anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) melabuhkan tirainya setelah berlangsung 3 hari sejak 28 Julai yang lalu. Perasmian majlis penangguhan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr. Haji Hazland bin Abang Hipni.

 

Turut hadir pada majlis ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohamad Feisal bin Said serta pengurusan kanan LAKMNS, serta wakil-wakil daripada pihak penaja dan rakan kolaborasi festival ini.

Dalam ucapan alu-aluannya, Datuk Haji Abang Abdul Wahap menyatakan bahawa festival ini bertemakan “Kelestarian Untuk Kesejahteraan Ummah” di mana tema ini dipilih atas dasar untuk menyokong inisiatif kerajaan negeri dalam memperkasakan kelestarian alam sekitar. Tambahnya, LAKMNS percaya usaha ini sekurang-kurangnya memberikan kesedaran kepada masyarakat umum tentang kelestarian alam sekitar atau environmental sustainability.

Sementara itu, Dr. Haji Hazland bin Abang Hipni memuji usaha LAKMNS dalam penganjuran program seperti festival ini. Ujarnya, festival ini diharapkan akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun yang mendatang dan menjadi contoh kepada masjid-masjid dan surau-surau lain khasnya di seluruh Sarawak. 

Dr. Haji Hazland turut menyempurnakan acara menurunkan bendera sebagai simbolik penangguhan festival.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 729
  • |
  • Yesterday 726
  • |
  • This week 4401
  • |
  • This month 2775
  • |
  • Total 715229

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search