iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

LAKMNS ANJUR FESTIVAL MAAL HIJRAH 1445H/2023M

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

11 Julai 2023 – Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini mengumumkan untuk menganjurkan Festival Maal Hijrah 1445H/2023 yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2023, di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, penganjuran festival ini merupakan salah satu inisiatif LAKMNS untuk menyemarakkan sambutan tahun baharu hijrah. Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Festival Maal Hijrah 1445H/2023M bertempat di Galeri LAKMNS Baitul Makmur II, Kuching.

Tambahnya, penganjuran festival ini adalah berdasarkan beberapa objektif, antaranya sebagai platform penyampaian ilmu berkenaan tahun baharu hijrah. Festival ini juga sebagai usaha untuk mengimarahkan masjid sebagai one-stop centre, serta mempromosikan gaya hidup sihat berlandaskan nilai-nilai agama melalui program-program yang bercirikan kerohanian, kekeluargaan, sukan dan sebagainya.

Ujarnya, festival ini juga menjadi platform perpaduan kerana festival ini juga membuka pintu penyertaan kepada masyarakat berbilang kaum.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah Malam Cinta Rasul yang akan menampilkan pendakwah terkenal Ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofre, Kembara Berbasikal, Hijrah Run, Pameran Kerjaya dan Pendidikan, dan pelbagai jenis pertandingan seperti badminton, tenpin boling, e-sport, dan sebagainya. Selain itu, LAKMNS turut menyediakan beberapa hadiah istimewa kepada pengunjung menerusi cabutan bertuah.

Pada sidang media ini juga, LAKMNS turut mengumumkan penaja yang terdiri daripada Lubuk Tiara Sdn. Bhd., Hock Seng Lee Berhad, dan Land Custody and Development Authority (LCDA) sebagai penaja diamond, manakala Senari Synergy Sdn Bhd sebagai penaja platinum. Turut diumumkan adalah media rasmi bagi festival ini iaitu Internet Radio Islamic Sarawak (IRIS), TV Sarawak (TVS) dan akhbar Suara Sarawak.

Di samping itu, LAKMNS juga memperkenalkan portal rasmi festival iaitu fmh2023.online . Orang ramai yang berminat untuk menyertai mana-mana aktiviti boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti yang dianjurkan. Pendaftaran bagi beberapa program juga boleh dilakukan melalui portal ini.

Hadir sama pada sidang media ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Encik Mohamad Feisal bin Said, Ketua-ketua Pegawai LAKMNS serta wakil penaja penganjuran Festival Maal Hijrah

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 320
  • |
  • Yesterday 885
  • |
  • This week 4877
  • |
  • This month 3251
  • |
  • Total 715705

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search