iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

PROGRAM PENGURUSAN PROFESIONAL LAKMNS 5.0

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Program Pengurusan Profesional LAKMNS 5.0 telah berlangsung pada 20 Jun 2023, Selasa bertempat di Riverside Majestic Hotel, Kuching. Program ini disertai oleh kumpulan Pengurusan LAKMNS yang terdiri daripada Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Encik Mohamad Feisal bin Said, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Ketua-ketua Pegawai serta Ketua-ketua Bahagian LAKMNS.

Program ini merupakan platform bagi Pengurusan Tertinggi LAKMNS untuk berkongsi Pencapaian Tahun 2022, Laporan Semasa 2023 serta perancangan setiap jabatan dan bahagian bagi tempoh lima (5) tahun yang akan datang.

Pada program tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS turut berkongsi dan menyarankan agar barisan Pengurusan LAKMNS peka terhadap ‘Global and Local Issues’ yang secara tidak langsung turut akan memberi impak kepada arah tuju dalam mencapai Visi dan Misi LAKMNS secara keseluruhan. Turut dikongsi elemen Sustainable Development Goals (SDG) dan Environmental, Social & Governance (ESG) yang boleh diterapkan dalam melaksanakan fungsi dan peranan Jabatan/Bahagian di LAKMNS.

Seterusnya Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS turut menyampaikan Pelan lima (5) tahun LAKMNS secara keseluruhan dengan mengaplikasikan tiga (3) elemen iaitu A-Aman, B-Bahagia dan C-Ceria dalam usaha untuk pencapaian perancangan tersebut.

Pada sesi penangguhan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif turut merumuskan perkara-perkara yang telah dibentangkan oleh setiap Jabatan dan Bahagian dalam memastikan penambahbaikan dan peningkatan agar penggerak utama LAKMNS terus efisien dan berdaya saing. Akhir sekali, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS turut mengingatkan agar pihak Pengurusan serta semua kakitangan LAKMNS meningkatkan penjimatan (do more with less) dan mengurangkan pembaziran dalam setiap aspek secara keseluruhan.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 597
  • |
  • Yesterday 670
  • |
  • This week 597
  • |
  • This month 21801
  • |
  • Total 711425

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search