iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

Majlis Sinar Syawal 2023

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

15 Mei 2023 – LAKMNS telah mengadakan Majlis Sinar Syawal untuk kakitangan LAKMNS sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Majlis tersebut telah berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching dan disempurnakan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif, Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai serta isteri, Yang Berbahagia Datin Hajah Dayang Horieh Binti Abang Zainuddin. Kehadiran seramai 600 orang terdiri daripada kakitangan berserta ahli keluarga masing-masing memeriahkan lagi suasana majlis pada malam tersebut.

Dalam ucapan Yang Berbahagia Ketua Pegawai Eksekutif, antara lain harapan beliau agar majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara kakitangan dan ahli keluarga yang jarang bertemu antara satu sama lain.

Pelbagai acara telah berlangsung pada malam tersebut seperti acara tepung tawar bayi dan pengantin tahun 2022 dan 2023, penyerahan duit raya kepada anak-anak kakitangan, serta Fashion Show Gen Z yang diserikan dengan gelagat anak-anak kakitangan. Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan menarik daripada wakil kakitangan Jabatan-jabatan di LAKMNS.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 823
  • |
  • Yesterday 726
  • |
  • This week 4495
  • |
  • This month 2869
  • |
  • Total 715323

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search