iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

LAWATAN BERSEJARAH CHUNG HWA MIDDLE SCHOOL NO.1 KE MASJID JAMEK NEGERI SARAWAK

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

17 September 2022 - Masjid Jamek Negeri Sarawak telah menerima lawatan daripada Chung Hwa Middle School No. 1. Rombongan seramai 276 orang terdiri daripada Pengetua, Cikgu Yap Chong Guan, guru-guru, serta pelajar tingkatan 6 sekolah tersebut.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan memahami agama atau budaya Islam dalam kalangan pelajar, seperti yang dipelajari melalui buku teks. Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan memupuk generasi muda untuk bekerjasama dan saling bertoleransi antara satu dengan yang lain untuk mewujudkan keluarga Sarawak yang sejahtera.

Ketibaan rombongan disambut oleh Ketua Pegawai Jabatan Pengurusan Masjid-masjid (JPMM), Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Encik Abang Bikusary bin Haji Kadir serta pegawai-pegawai dan kakitangan JPMM.

 

Dalam ucapan alu-aluannya, Encik Abang Bikusary menyambut baik kedatangan pihak rombongan. Menurutnya, lawatan seperti ini dapat menyuburkan semangat perpaduan di antara berbilang kaum di samping sebagai platform untuk mengenali dan memahami antara satu dengan yang lain.

Tambah Encik Abang Bikusary lagi, lawatan ini merupakan pertama kali dalam sejarah LAKMNS, khasnya kepada Masjid Jamek Negeri Sarawak di mana melibatkan majoriti pelajar dan guru berbangsa Cina.

Menurutnya, LAKMNS menyambut baik program seperti ini kerana selari dengan nilai-nilai teras LAKMNS iaitu mahabbah (kasih sayang), adil, syumul (universal), jitu, inovatif dan dinamik (M.A.S.J.I.D).

Dalam majlis tersebut, rombongan turut diberi taklimat berkenaan Masjid Jamek Negeri Sarawak daripada Ketua Bahagian Masjid Jamek Negeri Sarawak, Tuan Haji Mohamad Nidzam bin Haji Ahmad, serta pengenalan ringkas tentang Islam daripada Timbalan Imam Besar Negeri Sarawak al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Ihsan bin Haji Haidzir.

Terdahulu, peserta rombongan diperdengarkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam LAKMNS Ustaz Mohd Arman Ismady bin Ismail.

Peserta kemudiannya dibawa melawat sekitar masjid.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 671
  • |
  • Yesterday 752
  • |
  • This week 2957
  • |
  • This month 18692
  • |
  • Total 708316

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search