iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

PERASMIAN GAZEBO MESRA ALAM TANAH PERKUBURAN SEMARIANG

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

11 Ogos 2022 – Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini merasmikan Gazebo Mesra Alam bertempat di Tanah Perkuburan Semariang (TPS).

Pembinaan gazebo ini merupakan salah satu inisiatif Program Mengindahkan Lanskap TPS yang bertujuan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung TPS. Di samping itu, pembinaan gazebo ini juga merupakan salah satu usaha untuk menjadikan TPS sebagai kawasan pekuburan dalam taman dan mesra pengunjung.

 

 

Selain sebagai inisiatif pengindahan lanskap, pembinaan gazebo ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif pelestarian alam sekitar LAKMNS, di mana ia menggunakan teknologi solar untuk untuk menjana pencahayaan pada waktu malam di mana ianya boleh mengurangkan penggunaan sumber elektrik.

Selain itu, reka bentuk yang unik turut menjadi tarikan kerana bersifat inovatif di mana setiap elemen pada reka bentuk gazebo mempunyai fungsi tersendiri. Sebagai contoh, reka bentuk bumbung yang membolehkan air hujan ditadah (rainwater harvesting) ke dalam tangki yang menjadi sebahagian daripada struktur gazebo. Air hujan ini boleh digunakan untuk kemudahan para pengunjung seperti untuk menyiram tanaman, mencuci dan sebagainya.

Majlis ringkas ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai. Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohamad Feisal bin Said, serta Ketua-ketua Pegawai LAKMNS.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 438
  • |
  • Yesterday 912
  • |
  • This week 438
  • |
  • This month 4281
  • |
  • Total 716735

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search