iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

SIDANG MEDIA FESTIVAL MAAL HIJRAH 1444H/2022M

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

14 Julai 2022 – Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini mengumumkan untuk menganjurkan Festival Maal Hijrah 1444H/2022 yang akan berlangsung pada 29 hingga 31 Julai 2022. Festival ini akan berlangsung di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

 

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, penganjuran festival ini merupakan salah satu inisiatif LAKMNS untuk menyemarakkan sambutan tahun baharu hijrah. Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Festival Maal Hijrah 1444H/2022M bertempat di Bilik Seminar Baitul Makmur II, Kuching.

 

Tambahnya, penganjuran festival ini adalah berdasarkan beberapa objektif, antaranya sebagai platform penyampaian ilmu berkenaan tahun baharu hijrah. Festival ini juga sebagai usaha untuk mengimarahkan masjid, serta mempromosikan gaya hidup sihat berlandaskan nilai-nilai agama melalui program-program yang bercirikan kerohanian, kekeluargaan, sukan dan sebagainya.

 

Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah Malam Cinta Rasul yang akan menampilkan pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Rizam Ghazali, Kembara Berbasikal, Pameran Kerjaya dan Pendidikan, persembahan daripada kumpulan nasyid In-Team, dan pelbagai jenis pertandingan seperti badminton, tenpin boling, e-Sport, dan sebagainya. Selain itu, LAKMNS turut menyediakan beberapa hadiah istimewa kepada pengunjung menerusi cabutan bertuah.

 

Pada sidang media ini juga, LAKMNS turut mengumumkan media rasmi bagi festival ini iaitu TV Sarawak (TVS) serta penaja platinum, Senari Synergy Sdn Bhd. Di samping itu, LAKMNS juga memperkenalkan portal rasmi festival iaitu fmh2022.com. Orang ramai yang berminat untuk menyertai mana-mana aktiviti boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti yang dianjurkan. Pendaftaran bagi beberapa program juga boleh dilakukan melalui portal ini.

 

Hadir sama pada sidang media ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Encik Mohamad Feisal bin Said, Ketua-ketua Pegawai LAKMNS serta wakil penaja penganjuran Festival Maal Hijrah.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 441
  • |
  • Yesterday 752
  • |
  • This week 2727
  • |
  • This month 18462
  • |
  • Total 708086

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search