iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

BAG TO SCHOOL (BTS) 2.0 EDISI SARAWAK

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

13 Mac 2022 - Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) sentiasa membuka pintu kerjasama kepada semua pihak, samada daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), dan juga mana-mana pertubuhan mahupun orang perseorangan dalam menyediakan bantuan kebajikan kepada masyarakat.

 

 

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai semasa berucap di Majlis Perasmian Program Bag to School (BTS) 2.0 Edisi Sarawak bertempat di Masjid Jamek Negeri SArawak. Program ini adalah anjuran Pertubuhan Kebajikan Dana Kita dengan kerjasama LAKMNS, yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

 

Beliau turut berterima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan Dana Kita kerana memilih untuk bekerjasama dengan LAKMNS dalam mengendalikan program ini. Melalui program ini, Sebanyak 2000 beg sekolah disumbangkan kepada para pelajar terdiri daripada golongan asnaf dan mereka yang di bawah kategori B40, di sekitar Kuching, Samarahan, Serian dan Padawan.

 

Simbolik perasmian adalah pengagihan beg-beg sekolah secara pandu lalu kepada pengetua-pengetua dan guru-guru besar daripada sekolah-sekolah yang terpilih bagi mewakili pelajar masing-masing. Pengagihan dilakukan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak (Sektor Pembangunan Murid), Encik Zamzaitul Akmal Hisham bin Ahmad yang turut merasmikan majlis.

 

Turut hadir adalah Presiden Pertubuhan Dana Kita Encik Mohd Fadli bin Haji Salleh, serta wakil-wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuching, Padawan dan Samarahan, serta sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 552
  • |
  • Yesterday 985
  • |
  • This week 3287
  • |
  • This month 12316
  • |
  • Total 724770

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search