iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

KARNIVAL E-SPORT 2022

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) komited untuk memastikan golongan belia sentiasa mendekati institusi masjid melalui program-program yang mensasarkan golongan tersebut. Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai.

 

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah sempena Karnival e-Sport anjuran LAKMNS bertempat di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada 20 Februari 2022 yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohamad Feisal bin Said.

 

Tambah beliau, memandangkan penyertaan yang menggalakkan pada program yang julung-julung kali diadakan ini, LAKMNS berhasrat untuk menjadikan acara ini sebagai program tahunan. Program ini katanya, selari dengan penubuhan Briged Belia Masjid yang menjadikan belia sebagai golongan sasar.

 

Program yang berlangsung selama dua hari tersebut bermula 19 Februari, telah mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Jabatan Belia dan Sukan, Persatuan e-Sport Sarawak, Sayas E-Sport, serta Future Gaming. Pertandingan yang dianjurkan sempena karnival ini adalah PUBG Mobile dan EA Sport FIFA22 dan berjaya menarik seramai 158 peserta dikalangan remaja dan belia tempatan berumur 16 hingga 29 tahun.

 

Pada majlis tersebut, YBhg.Datuk Abang Abdul Wahap turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori:


EA Sport FIFA22:

Johan : Lokman johari

Naib Johan : Ramli Hassan

Ketiga : Izzat Lukman Hasli

Keempat : Kuswadi Kartawi


PUBG Mobile

Johan : Kingmans Reborn

Naib Johan : UAZ

Ketiga: Quadrush

Keempat: Kroni Pablo

Kelima: Zone SQ

Keenam: Okay Kayo Esports

Ketujuh: Team Teh C Special

Kelapan: Blackbull Army

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 889
  • |
  • Yesterday 845
  • |
  • This week 3314
  • |
  • This month 20486
  • |
  • Total 687120

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search