iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

MAJLIS JASAMU DIKENANG BERSAMA MANTAN SETIAUSAHA KEHORMAT LAKMNS

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Rabu, 01 Disember 2021 - Satu majlis penghargaan bersama Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang bin Mohd Nor telah diadakan bertempat di Bilik Seminar, Baitul Makmur II. Majlis tersebut bertujuan untuk menghargai jasa dan bakti YBhg. Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang sebagai Setiausaha Kehormat (SUK) merangkap Ahli Lembaga LAKMNS. YBhg. Tan Sri Datuk Amar telah memegang jawatan SUK selama 18 tahun sejak lantikan beliau pada Mei 2003. Sebelumnya, YBhg Tan Sri Datuk Amar merupakan Ahli Lembaga LAKMNS dari Januari 1981.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Abang Julai dalam ucapan aluan beliau menyifatkan YBhg. Tan Sri Datuk Amar merupakan seorang yang penyayang, sentiasa tenang dan mudah didekati. Sikap dan kewibawaan beliau yang prihatin dan komited sepanjang bersama LAKMNS menjadi kenangan kepada pihak pengurusan dan seluruh kakitangan LAKMNS.

 

Banyak jasa dan sumbangan yang telah disumbangkan YBhg. Tan Sri Datuk Amar bersama LAKMNS. Antaranya adalah pembangunan serta penambaikan dua masjid utama iaitu Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching, pembinaan bangunan Baitul Makmur 1 dan 2 serta penubuhan Ma’had Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub.

 

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohamad Feisal bin Said, Ketua-ketua Pegawai serta Ketua-ketua Bahagian LAKMNS.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 78
  • |
  • Yesterday 720
  • |
  • This week 3976
  • |
  • This month 19711
  • |
  • Total 709335

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search