iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

KAYUHAN AMAL SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1443H

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

19 Oktober 2021 - Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Sarawak telah menganjurkan program Kayuhan Maulidur Rasul LAKMNS 1443H sebagai salah satu pengisian bagi menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Kayuhan ini adalah sebagai alternatif bagi program perarakan yang biasa dilakukan pada setiap tahun sebelum perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) disebabkan penularan wabak Covid-19. Terdahulu, para peserta menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Negeri Sarawak dan seterusnya diperdengarkan dengan ceramah khas daripada al-Fadhil Ustaz Haji Sa’anani Haji Fauzi.

 

 

Kayuhan yang bermula seawal jam 7.00 pagi ini bermula di perkarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak dan konvoi kayuhan telah dilepaskan oleh Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, yang juga Menteri Belia dan Sukan Sarawak, di mana beliau turut menyertai kayuhan sepanjang 30km tersebut.

 

Apa yang menarik, di sepanjang laluan tersebut, peserta kayuhan melewati beberapa buah surau dan masjid, di mana ia sebagai simbolik penyatuan di antara masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Kuching. Masjid-masjid yang menjadi persinggahan (pit-stop) adalah Masjid Darul Husna Warrahmah, Taman Hussein, Masjid Bandaraya Kuching dan Masjid al-Abyad, Matang Jaya, dan kemudian kembali semula ke Masjid Jamek Negeri Sarawak. Sebagai tanda penghargaan, pihak LAKMNS turut menyampaikan sumbangan kepada pihak Masjid Darul Husna Warrahmah, dan Masjid al-Abyad.

 

Program ini adalah bertujuan untuk mengembalikan semangat sambutan Maulidur Rasul bersesuaian dengan norma baharu di samping mengikut trend berbasikal di kalangan masyarakat masa kini. Di samping itu, ia adalah sebagai platform untuk mengerat hubungan silaturrahim di kalangan masyarakat berbilang kaum secara amnya. Selain itu, program ini juga adalah sebagai mempromosikan masjid sebagai tempat riadhah. Sebagai kelainan, sepanjang kayuhan, alunan selawat turut diperdengarkan menggunakan sistem pembesar suara yang dipasang pada kenderaan pengiring supaya peserta sama-sama berselawat.

 

Turut serta dalam kayuhan ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, serta Presiden Persatuan Berbasikal Sarawak, Dato’ Benjamin bin Haji Hasbie. Program ini melibatkan 200 orang peserta terdiri daripada masyarakat tempatan. Sebagai mamatuhi prosedur operasi standard (SOP), peserta adalah disyaratkan di kalangan yang telah melangkapkan 2 dos vaksin serta dinasihatkan membuat saringan Covid-19 menggunakan Kit RTK-Antigen sebelum menyertai kayuhan.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 402
  • |
  • Yesterday 845
  • |
  • This week 2827
  • |
  • This month 19999
  • |
  • Total 686633

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search