iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI LAHIR TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK 2021/1443H

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak hadir dalam Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak yang berlangsung di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada 8 Oktober 2021. Turut hadir mengiringi TYT Yang Di-Pertua Negeri adalah isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib, serta Ketua Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

 

 

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadhilah Dato' Haji Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi, yang kemudiannya mengetuai bacaan Surah Yaasin. Para jemaah seterusnya diperdengarkan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Kerajaan Negeri Sarawak.

 

Turut dihadiri, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Pendidikan Sains dan Penyelidikan merangkap Menteri Bertanggungjawab Perayaan Sambutan Hari Lahir Tuan Yang Terutama,Yang di-Pertua Negeri Sarawak,Dr Annuar Rapa’ee, serta beberapa pemimpin tinggi kerajaan negeri.

 

Menyambut ketibaan tetamu kehormat adalah Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dan Ustaz Haji Khalidi bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak serta pegawai-pegawai kanan LAKMNS.

 

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 458
  • |
  • Yesterday 855
  • |
  • This week 4143
  • |
  • This month 14903
  • |
  • Total 704527

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search