iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

PROJEK TITIPAN KASIH MASJA-SA 2021 BANTU GOLONGAN KURANG MAMPU

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

7 Oktober 2021 (Khamis) - Hari ini berlangsung Majlis Pelancaran Projek Titipan Kasih MASJA-SA 2021, berlangsung di Anjung Utama, Masjid Jamek Negeri Sarawak, anjuran Jabatan Pengurusan Masjid-masjid (JPMM), Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS).

 

 

Program ini merupakan salah satu inisiatif 'Corporate Social Responsibility' (CSR) LAKMNS untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan sekitar Petra Jaya khasnya dan Kuching amnya, bagi mereka meneruskan kehidupan dalam tempoh endemik. Di samping itu, program ini adalah sebagai tanda rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan serta memberi khidmat sokongan moral kepada keluarga yang kurang bernasib baik.

 

Pada majlis ringkas pagi ini, telah berlangsung simbolik pelancaran oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, di mana beliau menyerahkan pek sumbangan makanan kepada Pemangku Ketua Bahagian Masjid Jamek Negeri Sarawak, Tuan Haji Mohd Nidzam bin Haji Ahmad, selaku ketua kumpulan pelaksana projek.

 

Melalui projek ini, kakitangan JPMM akan menghantar pek sumbangan makanan asas kepada rumah-rumah keluarga yang kurang berkemampuan yang dipilih di sekitar bandaraya Kuching. Pada hari majlis pelancaran projek, sebanyak 20 set bantuan diserahkan ke kawasan Petra Jaya, manakala baki set akan diagihkan pada hari-hari seterusnya mengikut giliran.

 

Turut hadir pada majlis pelancaran ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohamad Feisal bin Said, Ketua-ketua Pegawai, serta Ketua-ketua Bahagian LAKMNS. Majlis adalah berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 418
  • |
  • Yesterday 752
  • |
  • This week 2704
  • |
  • This month 18439
  • |
  • Total 708063

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search