MAJLIS PENGIBARAN BENDERA

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK (LAKMNS)

 

25 Mac 2021- Hari ini berlangsung Majlis Pengibaran Bendera Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), bertempat di anjung utama Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS.

 

 

Penganjuran majlis ini adalah untuk memperkenalkan bendera rasmi disertai dengan pengenalan kepada panji-panji rasmi LAKMNS. Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Haji Abang Abdul Wahap berkata panji-panji ini akan digunakan semasa penganjuran majlis-majlis rasmi LAKMNS pada masa akan datang. Pelancaran bendera ini adalah sebagai simbol kekuatan dan kesiapsiagaan LAKMNS dalam menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat.

 

Menurut beliau, pemilihan warna kuning untuk bendera ini adalah bagi melambangkan ketegasan, ceria serta optimis di samping sebagai manifestasi kesetiaan kepada Raja dan pemerintah. Tambahnya, logo LAKMNS yang diletakkan di tengah bendera pula adalah melambangkan kesepaduan.

 

Beliau turut menzahirkan kegembiraan kerana perasmian bendera ini dilakukan pada hari yang sama dengan sambutan Hari Polis Diraja Malaysia yang ke-214. Tugasan Polis Bantuan, menurutnya amat mencabar terutamanya dalam suasana pandemik yang melanda negara ketika ini. Tugasan untuk memastikan orang awam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) amat penting untuk mengawal penularan wabak Covid-19 terutamanya di premis-premis kendalian LAKMNS dan memastikan keselamatan dan kesihatan warga kerja dan pengunjung terjamin.

 

Terdahulu, Datuk Haji Abang Abdul Wahap memeriksa kawalan perbarisan daripada 30 orang anggota Polis Bantuan yang diketuai oleh Sarjan Mejar Ahmad Tomizi bin Othaman. Seterusnya majlis dipersembahkan dengan perarakan membawa masuk panji-panji diikuti penyerahan bendera daripada Ketua Pegawai Eksekutif kepada Sarjan Mejar Bahron bin Judin untuk dikibarkan.

 

Turut hadir pada majlis yang berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) ini adalah Encik Mohamad Feisal bin Said, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua-ketua Pegawai, dan Ketua-ketua Bahagian LAKMNS, serta wakil-wakil daripada media.

 

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 292
  • |
  • Yesterday 356
  • |
  • This week 7564
  • |
  • This month 18860
  • |
  • Total 153992

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search