iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

MAJLIS KESYUKURAN & PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1441H/2019M

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Kesyukuran & Zikir Maulid 1441H/ 2019M telah diadakan pada Jumaat, 8 November 2019M/ 11  Rabiulawal 1441H, bermula jam 5.30 petang bertempat di  Masjid Jamek Negeri Kuching.

Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg , Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi LAKMNS bersama dif-dif kenamaan yang lain.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Dato Mustapha Kamal bin Ahmad Fauzi ,Imam Besar Negeri Sarawak. Majlis diteruskan dengan Tazkirah Perdana yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Datu Kipli Yasin  ,Mufti Negeri Sarawak sebelum zikir maulid. Lebih kurang 1,000 orang awam telah menghadiri majlis kesyukuran tersebut.

Selain itu, LAKMNS turut serta dalam perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan pada Sabtu 9 November 2019 bertempat di Padang Merdeka Kuching. Kontinjen yang mewakili LAKMNS disertai oleh murid Tahun 6 Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’akub

( MATTARY ) dan anggota Polis Bantuan LAKMNS.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 39
  • |
  • Yesterday 720
  • |
  • This week 3937
  • |
  • This month 19672
  • |
  • Total 709296

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search