Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah, segala puji ke Hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda SAW.
Syukur yang tidak terhingga kami zahirkan di atas keizinan dari Allah SWT kerana kami di Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) diberi kesempatan untuk menganjurkan pelbagai program sepanjang tahun 2023 ini.
Antara peristiwa penting yang yang berlaku pada tahun ini adalah perasmian Kompleks Raudhatul Sakinah Kuching, penganjuran Festival Maal Hijrah, penampilan figura dakwah terkenal, antaranya al-Fadhil Ustaz Wadi Annuar dan al-Fadhil Ustaz Abdul Somad, serta beberapa lagi nama besar.
Alhamdulillah program-program yang kami adakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada segenap lapisan masyarakat, termasuk rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam. Inilah satu bukti keterbukaan kami di masjid dan penerimaan yang positif daripada masyarakat luar terhadap pendekatan kami dalam mendekati masyarakat.
Sesungguhnya sokongan daripada masyarakat secara amnya menjadi penguat semangat bagi kami untuk terus menyusun program, samada program pengimarahan ataupun program kemasyarakatan. Penganjuran program-program ini adalah sebagai inisiatif kami untuk menyediakan platform silaturrahim dan dalam masa yang sama sebagai wadah ilmu kepada masyarakat Islam.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta, serta rakan media yang telah menjayakan program-program yang kami anjurkan sepanjang tahun ini. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan diteruskan di tahun-tahun yang mendatang. Sesungguhnya kerjasama yang erat ini membuahkan hasil yang sangat signifikan kepada kesejahteraan ummah.
Menjelang 25 Disember, kami ucapkan Selamat Hari Natal kepada mereka yang menyambut hari kebesaran ini. Semoga hari yang berbahagia ini membawa kegembiraan, kasih sayang, dan mengisi hari kalian dengan penuh keceriaan.
Sekian.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)
Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00
Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,
Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.