TYT MENUNAIKAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar serta Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah Binti Mohd Sanusi menunaikan Solat Sunat Tarawih di Masjid Bandaraya Kuching

2024

3/16/20241 min read

Pada 16 Mac 2024 bersamaan 5 Ramadan 1445H Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar serta Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah Binti Mohd Sanusi telah menunaikan Sembahyang Fardhu Isya dan Sunat Tarawih bersama-sama Jemaah.

Kehadiran Tuan Yang Terutama disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, LAKMNS, YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohamad Feisal bin Said, Ketua-ketua Pegawai dan Ketua-ketua Bahagian LAKMNS.