
PERUTUSAN CEO LAKMNS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda SAW.
Selamat Hari Bandaraya kepada seluruh warga bandaraya sempena sambutan Hari Bandaraya Kuching yang diraikan pada 1 Ogos setiap tahun. Semoga bandaraya Kuching terus maju, sejahtera dan sentiasa dilimpahi rahmat serta keberkatan Allah SWT. Marilah kita bersama-sama memelihara keharmonian, kebersihan dan semangat muafakat demi kesejahteraan bandar raya yang kita cintai.
Bulan Ogos juga merupakan bulan yang cukup bermakna buat seluruh rakyat Malaysia kerana kita menyambut Bulan Kebangsaan. Sempena tanggal 31 Ogos ini, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga sambutan ini bukan sekadar menjadi acara tahunan, bahkan menjadi medan untuk kita menghayati erti sebenar kemerdekaan, mensyukuri nikmat keamanan yang dikecapi serta memperkukuhkan semangat patriotisme, perpaduan dan cintakan tanah air.
Sebagai sebuah institusi yang sentiasa komited dalam membangunkan ummah, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) percaya bahawa institusi masjid mempunyai peranan yang amat penting dalam menyemai nilai perpaduan, keharmonian dan kasih sayang sesama masyarakat. Masjid bukan sahaja menjadi tempat beribadah, malah berfungsi sebagai pusat pembangunan ilmu, kebajikan dan penyatuan ummah tanpa mengira latar belakang.
Marilah kita bersama-sama mengisi kemerdekaan yang telah diwarisi ini dengan meningkatkan integriti, memupuk sikap saling menghormati serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang berakhlak dan berdaya saing.
Semoga Allah SWT sentiasa memelihara negara kita, mengurniakan keamanan yang berpanjangan serta memberkati setiap usaha yang dilakukan demi agama, bangsa dan tanah air.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
DATU HAJI ABDUL HADI BIN DATUK HAJI ABDUL KADIR
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,LAKMNS
Ogos 2026



Follow us on social media
Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.
2024 Hak Cipta Terpelihara LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK
Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,
Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my
Pelawat






