JABATAN DAN BAHAGIAN

BAHAGIAN AUDIT DAN PEMATUHAN

Audit dan Pematuhan merupakan satu fungsi bebas, yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan meningkatkan tahap operasi sesebuah organisasi. Objektif Audit dan Pematuhan adalah untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisplin untuk menilai dan memperbaiki keberkesanan kawalan, pengurusan risiko dan proses tadbir urus.

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (GroupHR LAKMNS)

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Group HR LAKMNS) merupakan bahagian yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar, polisi dan perkembangan hal-ehwal kakitangan di LAKMNS bagi memastikan LAKMNS berfungsi sebagai sebuah organisasi yang cemerlang, produktif serta mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti seiring dengan perkembangan teknologi semasa.