KUNJUNGAN HORMAT LAKMNS KEPADA TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi bertempat di Astana Negeri Sarawak.

2024

5/20/20241 min read

Kunjungan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai antara lain adalah untuk berkongsi perkembangan terkini berkenaan LAKMNS.

Turut serta adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohamad Feisal bin Said serta Ketua-ketua Pegawai LAKMNS.