JABATAN PENGURUSAN MASJID MASJID

BAHAGIAN MASJID JAMEK NEGERI SARAWAK

Pengurusan Masjid-masjid, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan dan aktiviti-aktiviti atau program di Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching. Selain itu, Pengurusan Masjid-masjid juga bertanggung-jawab dalam pengurusan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah,Kuching (Dahulu : Tanah Perkuburan Semariang).

BAHAGIAN MASJID BANDARAYA KUCHING
BAHAGIAN TANAH PERKUBURAN

Peranan dan tanggungjawab Bahagian Tanah Perkuburan lebih memfokuskan kepada pengurusan dan pentadbiran tanah perkuburan. Sehingga kini, bahagian ini hanya mengurus selia Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah,Kuching (dahulu Tanah Perkuburan Islam Semariang) & Tanah Perkuburan Islam Masjid Bandaraya Kuching.