JABATAN PENGURUSAN DAN PERKHIDMATAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KOMUNIKASI

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan telah ditukar nama kepada Bahagian Publisiti dan Komunikasi pada 1 Disember 2019 hasil lawatan ke masjid-masjid di Singapura dan Retreat Management di Johor. Retreat Management 1.0 telah diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak. 

Objektif utama penubuhan ADCOM adalah untuk menyediakan platform publisiti untuk memperkenalkan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak( LAKMNS) ke arah global sejajar dengan visi LAKMNS menjadi badan amanah Islam yang bertaraf dunia.

BAHAGIAN KESELAMATAN

Bahagian Keselamatan berperanan untuk memelihara, mengekal dan mempertingkat ketenteraman awam, keselamatan harta dan aset milik LAKMNS serta meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan peraturan di dalam kawasan kawalannya

BAHAGIAN PELAJARAN

Salah satu peranan LAKMNS adalah menyediakan kemudahan pendidikan bagi umat Islam di negeri Sarawak. Bermula pada tahun 1997, Pusat Kecemerlangan MASJA-SA mula beroperasi dengan menawarkan kelas Al-Quran dan kelas tuisyen akademik . Pada tahun 2010, LAKMNS melangkah setakuk lebih tinggi untuk memperluaskan peranannya melalui pendidikan tahfiz dengan penubuhan Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub.

Bahagian Pelajaran telah ditubuhkan pada 2013 untuk mengawal selia dan memantau operasi Pusat Kecemerlangan MASJA-SA dan Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub.