Perkembangan Masjid NegeriLEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

MASJID BANDARAYA KUCHING

  • 1840

    Masjid Besar (Kuching) telah ditubuhkan

  • 1958

    Tuan Haji Yusof Shibli, Mufti Sarawak merangkap Presiden Badan Lembaga Amanah Masjid Besar Kuching telah mewujudkan satu jawatankuasa untuk mengutip derma bagi tujuan memperbaiki masjid. Jumlah kutipan sebanyak RM30,000.00 melalui jawatankuasa tersebut tidak mencukupi untuk memperbaiki masjid.

  • 1964

    Yang Berbahagia Dato’ Abang Haji Sapuani, P.N.B.S telah dilantik sebagai Yang Dipertua Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Besar Kuching bagi melaksanakan tanggungjawab Jawatankuasa Derma Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Besar Kuching

  • 1964

    Setelah berkembangnya kutipan derma tersebut, satu jawatankuasa baru telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Abang Haji Marzuki Nor, P.N.B.S.

  • Februari 1966

    Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mantan Perdana Menteri  Malaysia telah dijemput untuk meletakkan Batu Asas Masjid yang hendak diperbaharui itu. Beliau telah mencadangkan supaya masjid lama itu dirobohkan dan digantikan dengan sebuah masjid yang baru. Cadangan itu telah dipersetujui dan usaha mengutip derma diteruskan dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM 1 juta.


MASJID JAMEK NEGERI SARAWAK

  • Pembinaan Masjid Jamek telah dijalankan secara berperingkat-peringkat. Peringkat pertama pembinaan bermula pada bulan Januari 1987 dengan kos sebanyak RM41 juta.
  • Masjid rasmi Negeri Sarawak, Masjid Jamek Negeri Sarawak yang telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada ketika itu, Tun Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adrucae bin Mohammad Noor pada 16 Rabiulawal 1411H / 05 Oktober 1990M.
  • Pembinaan yang melibatkan dua peringkat ini mampu menampung seramai 14,000 Jemaah pada satu-satu masa.
  • Atas dasar perkembangan umat Islam ini, fasa kedua dibina melibatkan binaan masjid dua tingkat seperti yang dilihat kini memberi lebihan kapasiti jemaah seramai 6,000 jemaah. Jumlah kos keseluruhan Masjid Jamek Negeri Sarawak ialah RM72 juta.

PERKHIDMATAN
KAMI

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

  • Visitor Counter :
  • Today 43
  • |
  • Yesterday 124
  • |
  • This week 695
  • |
  • This month 3112
  • |
  • Total 15221

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

© Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak. All Rights Reserved.

Search