iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

“TANGGUNGJAWAB BERTAMBAH SELARI KENAIKAN PANGKAT” – CEO LAKMNS

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

2 Februari 2023 - Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) mengingatkan anggota Polis Bantuan LAKMNS tentang tambahan tanggungjawab yang perlu dipikul selari dengan kenaikan pangkat anggota.

 

 

Menurutnya, tanggungjawab ini selari dengan Akta Polis 1967 yang menggariskan tentang tanggungjawab anggota termasuk Polis Bantuan dalam menjaga keselamatan dan pencegahan jenayah.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pemakaian Pangkat Polis Bantuan LAKMNS yang berlangsung di Bilik Seminar Baitul Makmur II pagi ini. Pada majlis tersebut, seramai 21 orang anggota telah menerima kenaikan pangkat.

Tambahnya, majlis yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk mengiktiraf anggota Polis Bantuan lain-lain pangkat yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam menjalankan tugas. Selain itu, ia juga sebagai galakan kepada para anggota untuk terus bersungguh-sungguh dalam menunaikan amanah.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohamad Feisal bin Said, Ketua-ketua Pegawai serta Ketua-ketua Bahagian LAKMNS.

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 605
  • |
  • Yesterday 823
  • |
  • This week 4957
  • |
  • This month 13986
  • |
  • Total 726440

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search