21 Mac 2022 - Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg hari ini meluangkan masa melawat Galeri LAKMNS yang bertempat di Bangunan Baitul Makmur II.
Galeri yang siap pada penghujung tahun 2021 ini ditubuhkan atas inisiatif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak untuk memperkasakan sistem penyampaian di samping sebagai salah satu kemudahan bagi pengunjung Baitul Makmur II. Tumpuan utama galeri tersebut adalah susur galur sejarah penubuhan serta maklumat korporat LAKMNS. Turut dipaparkan adalah jadual program serta aktiviti anjuran LAKMNS.
Galeri dibuka kepada orang awam setiap Isnin hingga Jumaat jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.
Mengiringi Premier Sarawak yang juga Pengerusi LAKMNS adalah Setiusaha Kehormat LAKMNS, YBhg. Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz bin Dato Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai, serta Ahli-ahli Lembaga, dan pengurusan kanan LAKMNS.