iris radio

IRIS bersiaran secara langsung jam 10.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)

Imsak 00:00 | Subuh 00:00 | Syuruk 00:00 | Zohor 00:00 | Asar 00:00 | Maghrib 00:00 | Isyak 00:00

PELANCARAN APLIKASI RADIO IRIS LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK (LAKMNS)

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

KUCHING - Selepas 3 bulan bersiaran secara atas talian melalui laman sesawang Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Radio Digital IRIS kini sudah boleh didengar melalui aplikasi mudah alih (mobile apps) yang boleh dimuat turun dari aplikasi Play Store (untuk pengguna Android) dan App Store (IOS).

Majlis pelancaran aplikasi IRIS berlangsung hari ini bertempat di Tingkat 8, Baitul Makmur I, dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Bin Mohd Nor, Setiausaha Kehormat LAKMNS.

Selain daripada siaran radio, aplikasi ini turut memaparkan maklumat umum serta aktiviti terkini berkaitan dengan LAKMNS.

Radio Digital IRIS yang mula beroperasi pada penghujung Julai lalu bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang adalah berkonsepkan hiburan berbentuk islamik, dan sesuai untuk semua lapisan umur. Selain hiburan, IRIS turut menjadi platform bagi mewar-warkan maklumat mengenai agensi-agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Sarawak.

Antara segmen menarik yang boleh diikuti adalah tazkirah, berita semasa, motivasi, sirah, aqidah, akhlak, bacaan al-Quran dan zikir, serta segmen srikandi yang mengupas isu-isu berkaitan wanita. Radio Digital IRIS juga sesuai untuk masyarakat bukan Islam melalui segmen kesihatan, motivasi serta kupasan isu semasa.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut adalah YBhg Datuk Haji Abang Abdul Wahap Bin Haji Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Encik Mohamad Feisal Bin Said, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua-ketua Pegawai, serta Ketua-ketua Bahagian LAKMNS.

* Pengguna telefon pintar boleh memuat turun aplikasi ini di https://play.google.com/store/apps/details… (pengguna Android) dan https://apps.apple.com/my/app/iris-lakmns/id1535990535 (pengguna IOS)

#iris
#internetradioislamicsarawak
#islamicradio
#lakmns
#nangsteady

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

 
  • Visitor Counter :
  • Today 83
  • |
  • Yesterday 794
  • |
  • This week 3612
  • |
  • This month 12641
  • |
  • Total 725095

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

Search