BAHAGIAN TANAH PERKUBURANLEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MASJID NEGERI SARAWAK

Peranan dan tanggungjawab Bahagian Tanah Perkuburan lebih memfokuskan kepada pengurusan dan pentadbiran tanah perkuburan. Sehingga kini, bahagian ini hanya mengurus selia Tanah Perkuburan Islam Semariang & Tanah Perkuburan Islam Masjid Bandaraya Kuching.

1

URUSAN PENGKEBUMIAN

Menjalankan kerja-kerja penyediaan lubang kubur dan liang lahad untuk pengkebumian jenazah. Kerja-kerja ini dilakukan setelah menerima laporan kematian daripada Unit Pengurusan Jenazah, Bahagian Masjid Jamek Negeri Sarawak. Urusan ini merangkumi penggalian lubang sehingga urusan pengkebumian selesai.

2

PENYELENGGARAAN TANAH PERKUBURAN

Bertanggungjawab menyelenggara tanah perkuburan agar sentiasa dalam keadaan yang bersih, teratur dan terjaga. Kerja-kerja memotong rumput, membersih persekitaran tanah kubur dan longkang serta mencantas pokok diselenggarakan oleh bahagian ini untuk keselesaan orang awam menziarah pusara keluarga.

3

PENYELENGGARAAN LANSKAP

Kerja-kerja mencantik dan mengindahkan tanah perkuburan menjadi tanggungjawab bagi bahagian tanah perkuburan. Ini untuk memastikan suasana dan persekitaran di tanah perkuburan tenteram, cantik dan indah sebagai taman perkuburan.

4

PEMANTAUAN PEMBUATAN NAPOR/BAKUT

Memastikan pembuatan napor/bakut pada kubur-kubur mematuhi spesifikasi dan sukatan yang telah ditetapkan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Sarawak.

5

MENGEMASKINI DATA DAN MAKLUMAT KUBUR

Memastikan data-data dan maklumat jenazah yang dikebumikan dikemaskini untuk dimasukkan ke dalam pengkalan data laman web e-cemetary.

PERKHIDMATAN
KAMI

Tingkat 8, BAITUL MAKMUR,

Medan Raya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Phone: +6082440775, 440795, 449042
Email: info@lakmns.org.my

Halaman Utama   |   Privacy Policy   |   Terms & Conditions   | 

  • Visitor Counter :
  • Today 132
  • |
  • Yesterday 197
  • |
  • This week 329
  • |
  • This month 2865
  • |
  • Total 18957

Disclaimer: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website inclusive of using the Online Tools Translator for third language. Services provided through this website are subject to the terms and conditions of the respective service providers.

© Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak. All Rights Reserved.

Search